Pesakit kronik terima kunjungan Biro Kesihatan UMNO Bahagian Pekan

KUANTAN – Biro Kesihatan UMNO Bahagian Pekan meneruskan komitmennya dalam menjaga kebajikan masyarakat menerusi Program Ziarah Kesihatan di Kampung Pulau Jawa, dekat sini, semalam.

Program itu mendapat kerjasama Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Pekan, Noralizam Mahmud; Penyelaras Wanita UMNO Bahagian Pekan bagi DUN Peramu Jaya, Alina Harun dan Pengerusi Biro Sukan dan Kesihatan Wanita UMNO Bahagian Pekan, Madzalina Salleh.

Pengerusi Biro Kesihatan UMNO Bahagian Pekan, Dr Boi Saidi Abd Razak berkata, sebanyak lima kediaman dikunjungi dalam program itu.

“Semua rumah berkenaan didiami golongan asnaf dan mereka yang menghidap penyakit kronik.

“Kita menjalankan pemeriksaan kesihatan termasuk pengambilan sampel darah dan air kencing untuk menilai tahap kesihatan mereka,” katanya.

Selain mengunjungi kediaman penduduk, pasukan biro kesihatan juga mengadakan sesi pemeriksaan kesihatan membabitkan penduduk di kampung berkenaan.

“Seramai sembilan pesakit menerima khidmat bacaan darah dan penjelasan keputusan ujian kesihatan mereka.

“Bacaan termasuk tahap hemoglobin (darah merah), gula dalam darah, fungsi hati dan buah pinggang, paras kolesterol serta analisis air kencing juga dilakukan pada sesi ziarah kali ini,” kata Dr Boi Saidi.

Pesakit turut diberi nasihat berkaitan diet yang sesuai serta rujukan lanjut kepada fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan sekiranya perlu.

“Kami juga memberi peringatan kepada penduduk yang dikesan menghidap penyakit kronik supaya mematuhi prosedur rawatan ditetapkan selain mengambil ubat mengikut jadual.

“Komitmen kami adalah jelas, untuk memastikan penduduk di kawasan Parlimen Pekan berada dalam tahap kesihatan terbaik dan mendapatkan rawatan segera jika dikesan menghidap penyakit serius,” jelasnya.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi