Peruntukan RM2.4 bilion tanda Kerajaan MADANI bela nasib peneroka

KUANTAN – Warga peneroka dan pekebun kecil menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperuntukkan RM2.4 bilion kepada FELDA, RISDA dan FELCRA dalam Belanjawan 2026.

Peruntukan besar itu dijangka memberi manfaat langsung kepada lebih 720,000 peneroka, pekebun kecil dan keluarga mereka di seluruh negara, sekali gus memastikan perlindungan serta kesejahteraan komuniti ini terus terjamin.

Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, belanjawan kali ini turut dilihat sebagai manifestasi komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat luar bandar, khususnya warga tanah rancangan FELDA.

“Ia juga membuktikan bahawa suara peneroka masih didengari dan dihargai, selaras dengan usaha kerajaan membela masa depan mereka dalam arus pembangunan negara,” katanya kepada The Malaysia Press.

Beliau berharap Inisiatif ini dapat memperkukuh kedudukan ekonomi peneroka dan menjamin masa depan generasi FELDA pada masa hadapan.

“Dalam masa yang sama, komuniti peneroka juga berharap kerajaan dapat membantu menaikkan harga komoditi sawit yang kini berada pada paras RM800 hingga RM900 satu metrik tan supaya dapat kembali melonjak ke tahap antara RM1,200 hingga RM2,000 satu metrik tan,” tambahnya.

Related Posts

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR — Polemik berkaitan penganjuran festival berunsur air kembali mencetuskan perdebatan apabila kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai Festival Muzik Air mendapat kritikan balas daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

KUANTAN – Setiap penganjuran program perlu merujuk kepada prinsip yang jelas tanpa mengetepikan nilai dan adab. Selain itu, sebarang kelulusan pula sepatutnya mengambil kira sensitiviti agama dan penerimaan masyarakat setempat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang