Pertumbuhan ekonomi Malaysia kian berkembang, nilai ringgit terus mengukuh

PENGUKUHAN ringgit yang sangat ketara berlaku sejak 22 Jun namun sebenarnya trend ini sudah bermula sejak enam bulan yang lepas dan kedudukan ringgit kini dalam trek yang betul.

Ringgit hari ini memulakan dagangan lebih kukuh yang kini berlegar di paras RM4.34 berbanding dolar AS dan mencecah paras tertinggi seterusnya menjadikan ringgit sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia.

Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ini dijangka berterusan dan berpotensi mencecah RM4.10/RM4.00 sedolar menjelang akhir tahun ini. Hal ini bukan sahaja didorong menerusi jangkaan pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), tetapi ianya dipacu oleh asas pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh dan lebihan akaun semasa yang mampan.

Aspirasi Madani tingkat keyakinan pelabur

Malaysia terus merekodkan kejayaan dalam menarik lebih banyak pelabur asing untuk melabur berdasarkan kepada petunjuk prestasi ekonomi yang memberangsangkan dan pengukuhan nilai ringgit.

Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan sebanyak 5-9 peratus pada suku kedua 2024. Prestasi ekonomi yang kukuh ini meningkatkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara, yang turut menyumbang kepada pengukuhan nilai ringgit.

Malaysia menerusi cerminan aspirasi Madani semakin menjadi tarikan pelabur susulan pertumbuhan yang semakin baik, didorong oleh kestabilan politik, serta nilai ringgit yang mengukuh terus menjadi asas dalam meningkatkan keyakinan pelabur tempatan dan asing.

Pengukuhan ringgit berlaku kerana adanya eksport yang kuat, pelaburan langsung asing (FDI) yang kukuh, harga minyak yang kembali stabil serta perkara positif dalam ekonomi berlaku kerana kepercayaan pelabur melihat kepada peningkatan ekonomi domestik dan persekitaran politik yang stabil menerusi usaha yang dilakukan oleh kerajaan. Aliran masuk dana dan pelaburan asing ini dijangka berterusan dan seterusnya menyokong pengukuhan nilai ringgit.

Situasi ini berbeza dengan negara jiran yang bergelut dengan perubahan politik seperti di Thailand dan Indonesia, demikian menurut penganalisis antarabangsa.

Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus kekal komited dan fokus dalam usaha pelaksanaan polisi-polisi pembaharuan struktur dan pengukuhan fiskal terutamanya dasar-dasar kewangan yang telah dimulakan sejak awal tahun lalu. Kesungguhan dan iltizam dapat diaspirasikan melalui usaha beliau menarik seberapa banyak perdagangan dan pelaburan dalam siri lawatan rasmi ke beberapa buah negara sebelum ini yang kini semakin membuahkan hasil. Ini jelas terbukti bila Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengumumkan bahawa perdagangan Malaysia meningkat 18.3 peratus kepada RM255.88 bilion pada Julai 2024 sekali gus menjadi nilai perdagangan tertinggi direkodkan sejak Oktober 2022.

Kerajaan juga dalam usaha meningkatkan ekonomi dengan menyertai kerjasama BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) sebagai alternatif baharu bagi mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS selain mengawal rizab negara RM526.282 bilion yang masih menggunakan mata wang AS. Walau bagaimanapun, langkah sebegini tidak boleh terlalu memihak kepada BRICS berikutan kebanyakan urus niaga negara masih lagi dalam dolar dan rizab tunai juga kebanyakan adalah dolar AS.

Sesungguhnya, dasar-dasar padu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Madani telah menunjukkan keberkesanan yang mana turut memberi sumbangan kepada sentimen positif di pasaran saham hingga melonjakkan prestasi pasaran saham terbuka serta menyokong pengukuhan nilai ringgit. Justeru, pelabur kekal yakin terhadap perkembangan ekonomi negara dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan menjadikan aliran masuk dana dan pelaburan asing akan berterusan.

Kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober nanti bakal memberikan lebih dorongan kepada ekonomi domestik, seperti reformasi fiskal yang bertujuan mengurangkan defisit belanjawan dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi dan menyokong pengukuhan nilai ringgit.

Related Posts

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

PUTRAJAYA – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mengecam tindakan pihak yang cuba membentuk persepsi seolah-olah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak secara salah dalam siasatan melibatkan saksi kes rasuah, Albert Tei…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

KUANTAN – Penjawat awam Pahang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji melibatkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan dua kali pada tahun hadapan. Berita baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah