Pertubuhan Masyarakat Berpadu Sabah lancar Kempen Anti Buli

KOTA KINABALU – Pertubuhan Masyarakat Berpadu Sabah melancarkan Kempen Kesedaran Buli bertemakan ‘Noktahkan Buli, Mulakan Empati – Kami Hero Anti Buli’.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Masyarakat Berpadu Sabah, Mohammad Norizhuan Awang, kempen ini lahir daripada kesedaran bersama selepas tragedi yang menimpa arwah Adik Zara Mahathir.

“Insan kecil yang menjadi mangsa buli serta kesinambungan daripada solidariti aman Beaufort yang bertujuan menuntut keadilan buat arwah Adik Zara.

“Kami bertekad menoktahkan budaya buli menerusi penganjuran program oleh pertubuhan ini pada 16 Ogos,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Jelasnya, kempen ini digerakkan khusus untuk mendidik masyarakat tentang bahaya buli serta mengajak semua pihak menanam nilai empati dalam kehidupan seharian.

“Pendekatan kempen ini berasaskan pendidikan dan kesedaran, melalui pertandingan pidato serta ceramah kesedaran buli di sekolah-sekolah.

“Selain itu, kami juga menghasilkan bahan kreatif seperti video pendek, animasi dan poster yang akan disebarkan di media sosial serta pelbagai saluran komunikasi,” katanya

Dalam pada itu, melalui kempen ini beliau mahu masyarakat berani bersuara, menolak perbuatan buli dan bersama-sama membina budaya empati serta hormat-menghormati.

“Usaha ini tidak boleh digalas oleh satu pihak semata-mata serta memerlukan sokongan ibu-bapa, sekolah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, semangat solidariti amat penting bagi menjadikan masyarakat sebagai ‘Hero Anti Buli’ demi mewujudkan persekitaran lebih selamat, harmoni dan berperikemanusiaan untuk generasi akan datang.

Related Posts

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

SIBU – Niat untuk menyertai lelongan barangan antik membawa padah apabila seorang pengarah syarikat pembinaan kerugian RM222,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan tidak wujud secara dalam talian. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

KANGAR – Kewujudan elemen promosi platform perjudian dalam aktiviti sukan di negeri ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya melibatkan golongan belia. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis, Saiful Fariddil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan