Pertembungan 14 penjuru, Ketua Wanita PKR Sabah sah tanding DUN Tulid

PENSIANGAN – Pegawai Pengurus, bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid, Ts Marshal Anthony @ Idham mengumumkan seramai 14 calon yang bakal bertanding bagi merebut kerusi DUN, PRN17 Sabah bagi DUN Tulid.

Beliau berkata demikian semasa mengumumkan calon DUN Tulid, di Pusat Penamaan Calon (PPC), Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan, di sini pada Sabtu.

Pertandingan 14 penjuru tersebut, turut disertai oleh calon bebas serta parti-parti tempatan dan nasional.

Antaranya, Ketua Wanita PKR Sabah, Datin Rufinah Pengeran (PH); Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) – Datuk Baritus Gungkit @ Evaristus; Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Vinson Rusikan dan Parti Warisan Sabah (Warisan), Lucia Kihing.

Selain itu, Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Aisat Ellik Igau Iggau; Parti Impian Sabah (PIS), Anchis @ Rayner Francis Udog @ Udong; Parti Rumpun Sabah (Rumpun), Jufina Dimis dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Mohd Khairil Abdullah.

Turut serta, enam calon bebas yang turut bertanding iaitu, Datuk Suman Yasambun; Clarence Carter Maraan; Edwin Lamn; Jordan Jude Ellron; ⁠Engah Sintan @ Dahlan Abdullah dan ⁠Lautis @ Lalais Anggan.

Dalam pada itu, saingan kali ini dijangka lebih dramatik dengan rekod keputusan PRN lalu yang memperlihatkan persaingan rapat antara calon-calon utama. 

Terdahulu, pada PRN16, Tulid menyaksikan persaingan tujuh penjuru dengan majoriti hanya 544 undi, menunjukkan kawasan ini bukan kubu kuat mana-mana parti, sebaliknya medan terbuka yang ditentukan oleh sentimen semasa dan kekuatan calon.

Sebagai rekod, jumlah pengundi DUN Tulid seramai 16,551 orang, di mana hampir 50 peratus terdiri daripada golongan muda berusia 18 hingga 39 tahun iaitu suara pertama kali mengundi dan pengundi belia yang dijangka menjadi penentu hala tuju politik Tulid kali ini.

Related Posts

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

INANAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pihak tertentu termasuk bekas menteri supaya meneliti kenyataan rasmi Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai kedudukan sebenar rayuan kerajaan berhubung isu 40…

Lebih lanjut

teruskan membaca
596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat
  • FatinFatin
  • November 15, 2025

KOTA KINABALU – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 menyaksikan persaingan luar biasa apabila seramai 596 calon daripada 23 parti politik tampil membidik 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

  • By Fatin
  • November 15, 2025
596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan