Pertanian dan Agromakanan Sabah berpotensi tinggi perkasa ekonomi negeri, sokong keterjaminan makanan negara

KOTA KINABALU – Sektor pertanian dan agromakanan Sabah kini dilihat mempunyai potensi besar untuk terus berkembang sebagai pemacu utama ekonomi negeri serta menyumbang secara signifikan kepada agenda keterjaminan makanan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, potensi ini disokong oleh beberapa faktor utama, termasuk sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi negeri, Tahap Sara Diri (SSR) komoditi utama yang tinggi, bilangan pegangan pertanian tertinggi di Malaysia, serta keluasan tanah pertanian yang masih belum diterokai secara optimum.

“Kerajaan Negeri perlu memberi fokus terhadap dasar baharu, pembangunan teknologi moden, pelaburan, pembukaan akses pasaran, serta pembangunan kapasiti yang menyeluruh untuk memastikan sektor ini kekal produktif dan berdaya saing.

“Cabaran terbesar sektor pertanian hari ini adalah keperluan untuk beralih kepada pendekatan yang lebih moden, cekap dan berdaya saing.

“Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kaedah tradisional jika mahu memastikan sektor ini berdaya tahan dan mampu memenuhi permintaan makanan negara,” katanya dalam Persidangan DUN Sabah Ke-17, Penggal Pertama, di sini pada Isnin.

Menurutnya, transformasi sektor agromakanan di Sabah perlu merangkumi pewujudan ekosistem pertanian pintar yang mampan, responsif terhadap cabaran iklim, serta mampu menarik minat generasi muda dan pelabur baharu.

Dalam pada itu, beliau turut menyoal strategi jangka panjang Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFFI) untuk memperkasa sektor ini, termasuk jumlah peruntukan untuk program mekanisasi, automasi dan pertanian pintar pada tahun 2026.

Katanya, dalam sektor buah-buahan bernilai tinggi seperti durian dan nanas memainkan peranan penting dengan permintaan tinggi di pasaran tempatan dan eksport, termasuk China, Timur Tengah dan Singapura.

“Perangkaan Pertanian 2023 menunjukkan Sabah mempunyai 7,292 hektar kawasan tanaman durian, manakala Persatuan Penanam Durian dan Buah-buahan Tropika menganggarkan 3,000 hektar ditanam dengan klon komersial pada 2025 berbanding 2,053 hektar pada 2022.

“Berdasarkan purata pokok, penghasilan buah, berat purata dan harga ladang semasa, pendapatan bersih satu hektar ladang Musang King dianggarkan RM151,875 semusim, dan dengan 30 peratus daripada 3,000 hektar menghasilkan hasil, pendapatan kasar durian Musang King di peringkat ladang sahaja dijangka mencecah RM140 juta pada 2026,” ujarnya.

Selain itu, beliau menyorot potensi Sabah sebagai pengeluar utama bawang di Malaysia, dengan contoh tanaman bawang di Kundasang yang berkembang dari 0.5 ekar kepada 5 ekar dan dalam proses peluasan kepada 40 ekar, dijangka menghasilkan 200 metrik tan dengan anggaran hasil jualan RM1.4 juta.

Arthur turut menggesa Kerajaan agar memberi fokus kepada tanaman bernilai tinggi secara berkelompok bagi memanfaatkan kawasan tanah luas negeri ini.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan agar MAFFI meneliti semula protokol eksport buah-buahan tempatan seperti nanas, durian, pamelo dan avokado supaya usahawan Sabah boleh mengeksport terus tanpa melalui Semenanjung, seterusnya menjimatkan kos, mempercepatkan penghantaran dan meningkatkan pendapatan petani.

“Saya menyambut baik penubuhan Sabah Agricultural Biotechnology Centre (SABTec) sebagai pusat penyelidikan bioteknologi bernilai tinggi, namun menegaskan fungsi dan peranan SABTec perlu dikaji semula agar tidak bertindih dengan MARDI Sabah.

“Saya juga mencadangkan supaya kolaborasi antara SABTec dan MARDI bagi mengenal pasti jenis tanaman yang telah dibangunkan menggunakan teknologi MARDI, sekali gus menjimatkan kos R&D sedia ada dan mempercepat pemindahan teknologi kepada petani serta usahawan tani.

“Hasilnya, sektor pertanian Sabah berpotensi bukan sahaja memperkukuh ekonomi negeri, malah menyokong keterjaminan makanan negara secara menyeluruh,” jelasnya.

Related Posts

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

KOTA KINABALU – ‎Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan insentif kerajaan negeri berjumlah RM5,000 kepada atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra, sebagai pengiktirafan atas kejayaan cemerlangnya di pentas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

MIRI – Isu kerosakan berulang sistem penyaman udara di Klinik Kesihatan Bandaraya Miri di sini mendapat perhatian serius selepas beberapa siri tinjauan dilakukan bagi menilai sendiri keadaan di lapangan. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat