Pertandingan Story Telling Simpan SSPN 2025 serlah bakat anak muda

MIRI – Pertandingan Story Telling Simpan SSPN 2025 anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Cawangan Miri berjaya mencungkil bakat serta membina keyakinan anak-anak dalam bidang komunikasi dan penceritaan.

Program yang berlangsung hujung minggu lalu di Auditorium Curtin University Malaysia itu turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man yang merasmikan pertandingan berkenaan.

Dalam ucapannya, beliau menyifatkan pertandingan itu sebagai platform penting dalam menyemai keberanian, kreativiti dan kemahiran berbahasa dalam kalangan pelajar, selari dengan keperluan dunia masa kini.

“Penceritaan bukan sekadar hiburan, tetapi alat pendidikan yang mampu membentuk pemikiran kritis dan melatih keberanian menyuarakan pandangan secara yakin,” katanya.

Tambah beliau, kebolehan berkomunikasi secara berkesan kini merupakan satu kemahiran asas yang perlu dimiliki generasi muda. 

Pertandingan seumpama ini bukan sahaja mengasah keupayaan bertutur dalam pelbagai bahasa, malah turut menyuntik semangat percaya diri dalam kalangan peserta.

Chiew turut menyatakan sokongan terhadap usaha PTPTN mempromosikan Simpan SSPN sebagai produk tabungan pendidikan yang mampu membantu ibu bapa merancang masa depan anak-anak secara lebih teratur.

“Melalui program seperti ini, PTPTN bukan sahaja memupuk budaya menyimpan, tetapi turut mendidik masyarakat tentang pentingnya perancangan awal pendidikan,” ujarnya.

Beliau sempat berpesan kepada peserta agar terus berani bermimpi dan yakin pada potensi diri, sambil mengingatkan bahawa setiap kisah yang disampaikan berupaya memberi inspirasi kepada orang lain.

“Setiap langkah yang diambil dalam penceritaan adalah langkah awal untuk menjadi pemimpin masa depan,” katanya.

Chiew turut merakamkan penghargaan kepada para peserta, ibu bapa, guru dan pasukan PTPTN atas komitmen menjayakan pertandingan tersebut, selain mengucapkan tahniah kepada para pemenang.

“Bagi yang belum berjaya, percayalah bahawa keberanian mencuba itu sendiri sudah satu kejayaan,” tambahnya mengakhiri ucapan.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM