Pertandingan Landskap 3R Sekolah Rendah Subis 2024 promosi kesedaran alam sekitar

Oleh: Esther Anthony

SIBUTI – Sempena dengan Hari Terbuka Perpustakaan Majlis Daerah Subis 2024, pihak Perpustakaan Awam Batu Niah bersama Majlis Daerah Subis akan mengadakan satu pertandingan bertemakan Alam Semula Jadi dan Kelestarian dengan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dan melibatkan penyertaan daripada sekolah rendah di daerah Subis.

Tujuan pertandingan ini adalah mempromosikan kesedaran terhadap alam sekitar dan kelestarian dalam kalangan peringkat sekolah rendah khasnya di Subis melalui kreativiti dalam reka bentuk landskap.

Selain itu, acara ini berlangsung selama sebulan bermula 1 Oktober sehingga 30 Oktober ini, manakala tempoh penilaian bermula pada 20 Oktober hingga 30 Oktober ini.

Para peserta dikehendaki mencipta landskap yang menonjolkan penggunaan bahan terpakai seperti botol plastik, tin, kertas, kayu, tayar serta memenuhi prinsip 3R.

Saiz minimum landskap yang direka mestilah 10 kaki panjang dan 10 kaki lebar.

Pendaftaran adalah percuma dan terbuka kepada semua sekolah rendah di Subis, dan perlu dihantar selewat-lewatnya dua minggu sebelum tarikh penilaian kepada pihak penganjur, Serina Salleh dan Yusuf.

Manakala ganjaran tempat pertama berupa RM1,000 dan Piala Iringan, tempat kedua RM800 dan Piala Iringan, tempat ketiga RM600 dan Piala Iringan.

Manakala, tempat keempat dan kelima akan menerima hadiah berbentuk wang tunai RM400.

Pertandingan ini juga diharapkan dapat menyemarakkan kesedaran pelahar terhadap kepentingan menjaga alam sekitar melalui amalan kitar semula dan penggunaan semula bahan terpakai.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16