Pertahankan keharmonian masyarakat majmuk di Sarawak – Hasbi Habibollah

LIMBANG : Kestabilan dan keharmonian kaum di Sarawak perlu dipertahankan untuk memastikan Kerajaan dapat terus memastikan agenda pembangunan Wilayah Sarawak akan dapat diteruskan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kemajuan yang sedang dinikmati di Sarawak pada hari ini adalah hasil daripada kerjasama yang erat daripada kalangan pelbagai kaum.

“Kita di Sarawak sangat bertuah kerana hidup dalam masyarakat majmuk yang pelbagai, wujud sikap bertolak ansur, saling menghormati serta bebas mengamalkan agama, budaya dan adat resam masing-masing.

“Kestabilan sosial dan politik inilah yang menjadikan Sarawak terus maju sehinggalah ke hari ini,” ujarnya.

Beliau yang juga merangkap Ahli Parlimen Limbang berharap adat resam serta budaya setiap suku kaum yang ada perlu dipertahankan agar tidak pupus ditelan zaman.

Jelasnya, jika identiti, budaya, adat resam dan bahasa suku kaum tidak dipertahankan dan diwarisi kepada generasi muda akan menyebabkannya menjadi sejarah yang menjadi paparan muzium.

“Kerajaan amat mengalakkan persatuan yang mewakili kaum-kaum untuk melakukan penyelidikan, dokumentasi atau apa-apa program yang berkaitan dengan kaum tersebut.

“Kita ambik iktibar dari negara-negara lain di mana terdapat banyak adat budaya, termasuk suku itu sendiri pupus dan hanya dapat dilihat di muzium,” katanya semasa ucapan Perasmian Program Malam Kebudayaan Pesta Makan Tahun Kedayan 2024 di Kampung Tegarai,

Dalam majlis yang sama, Hasbi turut memberi sumbangan sebanyak Rm35 Ribu kepada Persatuan Kedayan.

Related Posts

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang memperhalusi kesan gangguan bekalan bahan petrokimia terhadap rantaian bekalan, khususnya sektor pembungkusan barangan keperluan harian, susulan penutupan Selat Hormuz. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi