Persiapan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak berjalan lancar

SIBU: Persiapan sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 2024 yang bakal berlangsung di Sibu pada 30 hingga 31 Ogos ini dilaporkan berjalan dengan lancar.

Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman berkata pihaknya mengadakan dua mesyuarat bersama Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak (UPPANS) untuk memastikan persiapan acara berada pada tahap optimum.

“Setelah Festival Kebudayaan Borneo (BCF) tamat minggu ini, jawatankuasa persiapan akan segera meneruskan kerja di tapak acara,” ujar beliau.

Difahamkan, Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II akan dipersiapkan untuk Bazar Merdeka yang akan menjadi tarikan utama bagi orang ramai untuk membeli makanan dan barangan, serta memberikan peluang kepada usahawan tempatan menjana pendapatan.

Beliau juga berharap penyertaan aktif daripada seluruh masyarakat dalam beberapa acara yang dijadualkan pada 30 Ogos di Dataran Tun Tuanku Bujang, bermula pada 8 malam.

“Saya amat menggalakkan setiap jabatan, gerai, warung, kediaman, sekolah, serta tempat ibadat di Sibu dan Sarawak amnya untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda semangat kebangsaan,” ujarnya.

Menariknya, terdapat tiga acara utama akan memeriahkan sambutan kali ini iaitu Konsert Ambang Hari Kebangsaan pada 30 Ogos pada 8 malam, diikuti oleh acara Fun Walk pada 31 Ogos yang dijangka disertai oleh kira-kira 5,000 orang.

Kedua-dua acara ini akan diadakan di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang dan kemuncak sambutan akan berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud.

Justeru itu, beliau amat berharap penyertaan aktif daripada masyarakat dapat memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia sempena sambutan ini.

Related Posts

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

BUTTERWORTH – Sebuah restoran nasi kandar di kawasan Seberang Perai Utara telah diarahkan tutup serta-merta selepas didapati terlalu kotor dan melanggar beberapa peraturan lain dalam Ops Bersepadu yang dijalankan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan pukat udang maut dipanah petir

KANGAR – Seorang nelayan maut selepas dipercayai dipanah petir ketika berada di atas bot di perairan Kuala Sungai Padang, Simpang Empat di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah