Persembahan Teres Grafik Manusia angkat semangat kebangsaan rakyat Malaysia – PMX

PERSEMBAHAN Teres Grafik Manusia pada sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya hari ini disifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai yang terbaik dalam sejarah negara.

Beliau berkata, pertunjukan membabitkan 2,000 pelajar sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) itu dianggap berjaya menzahirkan semangat patriotisme rakyat.

Anwar berpandangan, ia juga menggambarkan kreativiti serta kebersamaan generasi muda dalam menyambut acara yang paling sejarah oleh Malaysia.

“Saya bangga dengan anak-anak, ini pertunjukan terbaik dalam sejarah Malaysia. Belajar baik-baik dan teruskan usaha,” katanya ringkas ketika menyampaikan penghargaan kepada peserta tersebut, pada Ahad.

Seusai acara, Anwar meluangkan masa hampir 30 minit berjalan kira-kira 500 meter di kawasan Dataran Putrajaya untuk beramah mesra bersama pengunjung yang hadir.

Kehadiran beliau disambut dengan sorakan serta tepukan gemuruh, malah ramai tidak melepaskan peluang merakam gambar kenangan, sementara kanak-kanak pula kelihatan teruja menerima sapaan mesra Perdana Menteri.

Anwar yang diiringi kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, tampil sederhana tanpa protokol berlebihan, seiring dengan tema sambutan tahun ini Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.

Momen tersebut menggambarkan semangat kebersamaan yang menjadi teras kepada Malaysia MADANI, apabila pemimpin negara tampil bersama rakyat dalam suasana penuh harmoni.

Sorakan gemuruh yang mengiringi langkah Anwar meninggalkan lokasi sambutan jelas membuktikan sokongan padu rakyat terhadap kepemimpinan beliau, di samping menyemarakkan lagi roh kebangsaan pada pagi penuh bersejarah itu.

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 dengan tema Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni sekali lagi menegaskan komitmen kerajaan dalam mendekati rakyat dan mengangkat nilai perpaduan sebagai asas kepada kemakmuran negara.

Related Posts

Warga Pulau Banggi sambut baik peruntukan lebih RM31 juta diumum PM

KUDAT – Warga Pulau Banggi menyambut baik pengumuman peruntukan lebih RM31 juta oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatan kerja beliau ke pulau berkenaan. Christine Norshidah Jamlin,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan pelan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan bulan ini susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa