Perpustakaan Sabah terus perluas akses bacaan digital, mudahkan pembaca

KOTA KINABALU – Perpustakaan Negeri Sabah terus mempertingkatkan usaha dalam memperluaskan akses bahan digital kepada para pembaca menerusi dalam talian.

Menurut Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Harun Durabi, pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh perpustakaan antaranya memberikan akses kepada bahan digital.

“Perpustakaan juga memperluaskan akses kepada bahan digital dengan menyediakan bantuan tablet kepada 10 perpustakaan cawangan bagi membolehkan pengunjung mengakses e-buku.

“Usaha ini dijangka akan menarik lebih ramai pengguna untuk memanfaatkan kemudahan di perpustakaan, khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada ADUN dilantik, Datuk Jaffari Wiliam berkenaan usaha perpustakaan dalam memperkasakan sistem digital perpustakaan semasa persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Tahun 2025 Dewan Undangan Negeri Ke-16, di sini pada Selasa.

Tambahnya, usaha lain perpustakaan dalam meningkatkan jumlah pengunjung termasuk melaksanakan Minggu Perpustakaan yang dijadualkan pada Ogos dan Festival Sastera dan Seni Kanak-kanak pada Oktober.

Sementara itu, beliau berkata sepanjang tahun 2024, sejumlah 1,342,441 orang pengunjung direkodkan di seluruh rangkaian perpustakaan negeri.

“Manakala bagi tempoh sehingga Jun 2025, Perpustakaan Negeri Sabah telah mencatatkan seramai 474,399 orang pengunjung,” katanya.

Related Posts

PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

BATU PAHAT – Semua parti dalam Kerajaan MADANI disaran mengamalkan pendekatan matang dan rasional dengan mengutamakan kepentingan rakyat berbanding percaturan politik, khususnya dalam menentukan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

PORT DICKSON – Spekulasi pembentukan gabungan baharu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan dilihat tidak berasas susulan mendapat penolakan daripada kepimpinan tertinggi UMNO. Sumber memaklumkan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

Krisis global & kepimpinan Malaysia

Krisis global & kepimpinan Malaysia