Permohonan Anwar rujuk 8 persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan ditolak

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, termasuk persoalan sama ada seorang Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan saman.

Hakim Roz Mawar Rozain memutuskan bahawa permohonan tersebut tidak memenuhi peruntukan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Anwar memfailkan permohonan itu pada 23 Mei lalu untuk meminta Mahkamah Tinggi yang mendengar kes berkenaan merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan.

Antara persoalan yang dikemukakan ialah sama ada, menurut Perkara 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan, seorang Perdana Menteri yang sedang berkhidmat memiliki kekebalan terhad daripada tindakan undang-undang berkaitan dakwaan salah laku peribadi yang berlaku sebelum pelantikannya ke jawatan tersebut.

Permohonan itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Zain Megat & Murad dan bertujuan untuk mendapatkan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung isu kekebalan Perdana Menteri daripada saman sivil yang difailkan oleh bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther.

Dalam afidavit sokongan, Anwar menjelaskan bahawa permohonan tersebut tidak bertujuan melengahkan prosiding mahkamah, sebaliknya untuk memastikan proses kehakiman berjalan secara adil dan selaras dengan prinsip perlembagaan.

Beliau memohon agar mahkamah mempertimbangkan sama ada saman yang difailkan terhadapnya menjejaskan keupayaannya menjalankan tugas-tugas eksekutif, serta melemahkan prinsip pengasingan kuasa seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, Ahli Parlimen Tambun itu mahu mahkamah menentukan sama ada prosiding saman tersebut bercanggah dengan hak beliau untuk dilayan secara sama rata di sisi undang-undang, seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam permohonan yang sama, beliau turut memohon agar Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi perlu menjalankan siasatan awal bagi menentukan sama ada tindakan saman itu merupakan suatu penyalahgunaan proses mahkamah atau satu bentuk ancaman terhadap kepentingan awam.

Anwar juga meminta agar dipertimbangkan sama ada beliau, sebagai Perdana Menteri yang sedang memegang jawatan, berhak mendapat perlindungan mengikut Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan daripada sebarang litigasi yang bersifat strategik atau bermotifkan politik, yang boleh menjejaskan keupayaannya untuk mentadbir negara.

Untuk rekod, Muhammed Yusoff telah memfailkan saman terhadap Anwar pada tahun 2021, mendakwa dirinya diserang di kediaman Presiden PKR itu di Segambut pada Oktober 2018.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa bahawa serangan seksual dan pencerobohan terhadap dirinya berlaku sebelum pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022.

Beliau turut menyatakan bahawa tindakan defendan dilakukan walaupun beliau telah menolak dan meminta agar perbuatan itu dihentikan.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam