Perlu usaha bersepadu tangani isu peningkatan kes gangguan seksual

TAWAU – Semua pihak digesa mengambil tindakan bersepadu bagi menangani isu peningkatan kes gangguan seksual di negara ini dengan lebih serius.

Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 477 kes gangguan seksual direkodkan pada tahun 2022 meningkat kepada 522 kes pada 2023.

“Kes ini melonjak kepada 788 sepanjang tahun lepas manakala setakat Mac 2025 sahaja, sudah terdapat 214 kes dilaporkan dan daripada jumlah itu, lima kes berlaku di Sabah.

“Angka peningkatan ini menunjukkan betapa seriusnya masalah gangguan seksual dan keperluan mendesak untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat, selain memperkukuh saluran bantuan kepada mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penutupan Program Kembara Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) 2025 di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Tawau, di sini, pada Sabtu. 

Jelas Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, gangguan seksual merupakan perlakuan tidak bermoral yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina, umur, bangsa mahupun agama. 

Katanya, ia perlu dicegah dari peringkat awal kerana boleh membawa kepada jenayah yang lebih serius seperti rogol dan keganasan terhadap wanita.

Justeru, beliau turut menggesa agar lebih ramai mangsa gangguan seksual untuk tampil membuat laporan dan menuntut keadilan menerusi Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) sebagai saluran alternatif kepada mahkamah sivil untuk memudahkan proses aduan dengan cepat, mudah dan kos minimum.

“Keganasan terhadap wanita bukan isu terpencil kerana ramai mangsa masih takut untuk bersuara berikutan stigma, tekanan sosial atau tidak tahu saluran untuk mendapatkan bantuan. 

“Kita semua bertanggungjawab mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyokong mangsa untuk bangkit membela diri,” tegasnya.

Dalam pada itu, Joachim turut memuji Program Kembara Kasih KPWKM 2025 yang menjelajah enam daerah di Sabah iaitu Tuaran, Papar, Penampang, Lahad Datu, Kunak dan Tawau.

“34 program melibatkan pelbagai agensi di bawah KPWKM dilaksanakan sepanjang kembara ini berupaya menyasarkan kumpulan rentan seperti wanita, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Program seperti Ziarah Kasih yang menyampaikan bantuan secara terus kepada klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) turut mendapat sambutan positif masyarakat setempat,” ujarnya.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan