Perkhidmatan awam Sarawak terus diperkasa, tingkat penyampaian berorientasikan rakyat – KSN

KUCHING – Sarawak terus memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan awam dengan pelbagai inisiatif digital dan transformasi tadbir urus yang selari dengan aspirasi negeri untuk muncul sebagai pentadbiran terbaik di negara ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak telah berjalan kukuh sejak 1963 dan menjadi pemangkin kepada pembangunan inklusif merentas seluruh negeri. 

Beliau berkata, langkah reformasi seperti Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) telah membawa impak ketara dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat termasuk usaha mengurangkan kerenah birokrasi melalui penggunaan teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI). 

“Sarawak juga telah mendahului transformasi digital dengan memperkukuh penggunaan teknologi merentas jabatan serta membina kepimpinan tempatan yang kompeten,” jelas beliau ketika berucap pada Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2025 di BCCK pada Khamis.  

Menurutnya, usaha negeri seperti pembangunan SPay Global, SarawakPass serta pelaksanaan pendekatan 3R iaitu ‘Revisit, Rethink dan Recharge‘ sekali gus membuktikan Sarawak sentiasa berada selangkah ke hadapan dalam memastikan sistem penyampaian lebih cepat, telus dan responsif. 

Beliau turut menekankan sokongan Persekutuan melalui projek strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 termasuk pembesaran Lapangan Terbang Miri, projek sambung tara grid Sarawak ke Semenanjung, rancangan tebatan banjir di Kuching dan Sarawak-Sabah Link Road. Katanya, pelaksanaan projek-projek tersebut memperkukuh infrastruktur negeri demi kesejahteraan rakyat. 

“Pertumbuhan ekonomi Sarawak juga kekal memberangsangkan dengan KDNK dijangka mencecah 5.7 peratus pada 2025 serta prospek jangka sederhana yang positif sehingga 2030,” ujarnya. 

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas komitmen tinggi dalam memperkasakan perkhidmatan awam dan kejayaan negeri mengadaptasi pelan tindakan Deklarasi Kuala Lumpur 2024 antara yang terawal di Malaysia. 

Mengakhiri ucapannya, Shamsul Azri menyeru seluruh penjawat awam Sarawak agar terus berdedikasi dalam menjalankan amanah rakyat serta memastikan prinsip integriti kekal menjadi teras perkhidmatan.

“Reformasi bukan slogan, sebaliknya tuntutan tugas demi masa depan rakyat dan negara,” katanya.

Related Posts

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

KANOWIT – Program Randau Komuniti 2026 anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Rumah Nyanau Anak Taboh, Danau Changgan, Ulu Bawan terus menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

LIMBANG – Sebahagian struktur bumbung dan siling di Klinik Kesihatan Kuala Medalam mengalami kerosakan teruk selepas dilanda angin kencang dalam satu kejadian, baru-baru ini. Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini