Perkasa piawaian keselamatan makanan demi lindungi orang awam

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk piawaian keselamatan makanan diperkasa secara holistik bagi melindungi kesihatan awam dan mengekalkan kepercayaan pengguna di negara ini, susulan peningkatan kes keracunan makanan di beberapa kawasan baru-baru ini.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, hukuman berat juga perlu dikenakan terhadap mereka yang melanggar piawaian keselamatan makanan sebagai usaha mengukuhkan aspek berkenaan.

Pada masa sama, beliau turut menggesa agar kursus pensijilan keselamatan makanan diwajibkan kepada semua pengendali makanan.

“Semua yang terlibat dalam penyediaan makanan perlu dilatih sepenuhnya dalam amalan pengendalian makanan yang selamat termasuk memahami kebersihan yang betul.

“Perkara terbabit perlu dilaksana dengan sebaiknya bagi menjaga kebersihan di kawasan penyediaan dan mematuhi garis panduan kawalan suhu,” katanya menerusi kenyatan kepada The Malaysia Press, hari ini.

Dalam pada itu, Lam Thye berkata, penguatkuasaan undang-undang keselamatan makanan sedia ada mesti dilaksanakan dengan tegas dan sistematik.

“Pihak berkuasa perlu mengadakan pemeriksaan dengan lebih kerap dan teliti terhadap premis makanan bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian kebersihan,” katanya.

Tegasnya, wujud keperluan juga buat pengusaha makanan perlu dipertanggungjawabkan memantau kesihatan petugas mereka secara berkala serta mendidik pengendali tentang risiko bekerja semasa sakit.

“Ini kerana jangkitan dalam kalangan pengendali makanan boleh merebak dengan cepat kepada pengguna.

“Kempen kesedaran awam mengenai kebersihan makanan adalah penting kerana ia memberi kuasa kepada pengguna untuk membuat pilihan yang berinformasi,” katanya.

Terdahulu, kejadian 108 pelanggan mengalami keracunan makanan dengan 68 daripada mereka mendapatkan rawatan di hospital selepas menikmati menu ayam tanduri di kedai makan di Pengkalan Chepa Kelantan, Khamis lalu itu adalah kejadian berulang di premis itu selepas kejadian pertama pada Januari lalu.

Manakala, sebuah sekolah swasta di Kota Damansara juga diarah tutup bermula 25 Oktober hingga awal bulan depan disebabkan sekumpulan pelajarnya terkena keracunan selepas makan di kantin sekolah.

Related Posts

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

SETIAP kali menghampiri Aidilfitri, ramai di antara kita yang menghadapi tekanan kewangan. Mahu menyediakan belanja raya untuk keluarga. Mahu wajah anak bini berseri-seri gembira di pagi raya. Menyedari konteks ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian serius terhadap usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Asia Barat susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia