Perkahwinan dan perceraian: Apa yang gagal dalam komunikasi kita?

“BILA nampak ramai orang bercerai, jadi takut pula nak kahwin”, “zaman sekarang ini cerai sudah jadi mainan je, sedih…”

Ini adalah antara reaksi dan komen netizen yang menggambarkan kebimbangan serta rasa sedih melihat perceraian semakin menjadi kebiasaan dalam masyarakat hari ini.

Perceraian di Malaysia seolah-olah berlaku seperti penyakit berjangkit, setiap kali satu kes tular di media sosial, tidak lama kemudian muncul lagi kes lain yang menyusul, seakan-akan satu trend berulang tanpa henti.

Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan apabila sepanjang 2024, sekitar 15 pasangan selebriti popular yang memilih jalan perceraian antaranya Fattah Amin dan Fazura, Bella Astillah dan Aliff Aziz, Nora Danish dan Nedim Nazri, dan ramai lagi.

Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Seri Rohani Abdul Karim mendedahkan tiada persefahaman, pasangan curang dan campur tangan mentua merupakan punca perceraian yang mempunyai peratusan tertinggi hasil kajian daripada pihaknya.

Menurut pakar psikologi, Cr. Ir. Kazren Jusri Abdul Karim, komunikasi antara pasangan tidak berjaya kerana mereka tidak memahami keinginan dan kemahuan pasangan. Ia menyebabkan punca utama perceraian iaitu tiada persefahaman dan komunikasi berkesan dalam rumah tangga.

“Isteri selalunya mahu didengari manakala suami berasa bertanggungjawab memberi solusi yang kononnya bernas walhal si isteri hanya mahu berkongsi perasaan yang terbeban di hati.

“Kaum wanita ini dilahirkan dengan fitrah komunikasi beremosi yang memerlukan mereka bergantung kepada orang di sekeliling mereka untuk bercerita.

“Sebaliknya kepada kaum lelaki yang fitrah komunikasi diajar untuk tidak meluahkan perasaan dan digalakkan mencari solusi sendiri. 

“Pada dasarnya mereka sebenarnya perlukan sokongan dan dorongan sehingga mampu menyelesaikan konflik yang mereka hadapi,” ujarnya ketika dihubungi The Malaysia Press.

Menurut Kaunselor Berdaftar, Hushim Salleh berkata, tidak persefahaman atau tidak sekufu mempunyai banyak cabang antaranya dari sudut kerjaya, dan pendapatan.

“Sekufu ini sebenarnya bukan sahaja dari sudut materialistik sahaja seperti dari segi kerja, kewangan atau gaya hidup tetapi termasuk juga dari sudut pemikiran.

“Suami dan isteri yang mempunyai gaya pemikiran yang berbeza mudah untuk bergaduh dan berselisih pendapat.

“Sebagai contoh kes yang saya pernah kendalikan di mana suami mempunyai pemikiran liberal manakala isteri pula mempunyai latar belakang agama yang kuat.

“Akhirnya, mereka tidak dapat bersama kerana mempunyai pemikiran dan pendirian yang berbeza,” katanya.

Tambahnya, kebanyakan pasangan tidak menyedari isu sekufu ini dalam perhubungan kerana percintaan sebelum perkahwinan semuanya manis-manis belaka sehinggalah ketika sudah duduk serumah barulah nampak ‘belang’ yang sebenar.

“Saya suka ingatkan kepada pasangan suami isteri untuk datang membuat sesi kaunseling perkahwinan untuk tujuan memberikan pendidikan dan kesedaran awal supaya mereka ini ada ilmu dalam mengendalikan rumah tangga.

“Apabila selesai proses yang pertama barulah kita masuk ke proses yang kedua iaitu pencegahan dan seterusnya adalah pencegahan jika pasangan tersebut mengalami krisis rumah tangga.

“Kebanyakan pasangan yang nak bercerai terlalu terburu-buru sampai mereka terus ke proses yang ketiga pencegahan tanpa melalui proses yang pertama,” ujarnya.

Related Posts

Bazar Ramadan: Medan pertemuan budaya dan juadah pelbagai kaum

PUTRAJAYA – Kemeriahan bazar Ramadan terus menjadi tarikan masyarakat berbilang kaum yang tidak melepaskan peluang berkunjung bagi menikmati pelbagai juadah serta merasai suasana meriah sepanjang bulan Ramadan. Seorang pengunjung berbangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

PUTRAJAYA – Ramadan kini bukan sekadar bulan ibadah, tetapi berubah menjadi satu pengalaman sosial yang semakin ‘hidup’ di kota raya. Fenomena ‘masjid hopping’ menjadi tren dalam kalangan umat Islam, khususnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan