Perintah Kawalan Pergerakan di Narathiwat susulan serangan bom

NARATHIWAT – Pihak berkuasa Thailand mengenakan kawalan pergerakan dari jam 9 malam hingga 5 pagi di wilayah selatan Narathiwat selepas berlaku serangan bom dan pembakaran di lima stesen minyak di kawasan itu.

Langkah itu diambil sebagai usaha mengekang keganasan serta mengekalkan keselamatan awam.

Narathiwat kini berada di bawah undang-undang tentera dan tindakan tambahan diambil untuk menguatkuasakan keselamatan, termasuk kawalan ketat di kawasan perniagaan serta premis penting.

Pengecualian bagi pergerakan penduduk akan dipertimbangkan kes demi kes, tetapi memerlukan kebenaran daripada pihak tentera, polis atau pegawai pentadbiran wilayah.

Serangan terkawal itu berlaku sekitar jam 1 pagi tadi dan melibatkan lima stesen minyak di Narathiwat serta kawasan jiran Yala dan Pattani.

Dilaporkan empat hingga lima penyerang tiba menggunakan motosikal di setiap lokasi, membakar kedai serbaneka dan meletupkan pam stesen minyak menggunakan bom buatan sendiri sehingga menyebabkan kebakaran besar.

Gabenor Narathiwat, Boonchuay Homyamney dan timbalannya, Wicharn Chaisetsamphan telah meninjau lima stesen minyak yang terjejas.

Pihak berkuasa menjanjikan bayaran pampasan dalam tempoh 10 hari kepada mangsa yang terjejas melalui Pusat Pencegahan dan Mitigasi Bencana wilayah.

Pihak berkuasa juga mengarahkan ketua daerah memperketat kawalan keselamatan dengan kerjasama polis dan tentera bagi melindungi kawasan perniagaan serta lokasi sensitif lain.

Kawalan pergerakan itu akan berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak, manakala operasi keselamatan termasuk pemeriksaan rumah bagi mencari suspek sedang dijalankan.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan