KUANTAN – Biro Kesihatan UMNO Bahagian Pekan menganjurkan program Ziarah Kasih di tiga kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis, dekat sini, semalam.
Program itu membabitkan penduduk di Kampung Jaya Gading, Kampung Padang Jaya dan Kampung Seri Damai.
Dalam program berkenaan, Pengerusi Biro Kesihatan UMNO Bahagian Pekan, Dr Boi Saidi@Nas Sayidi Abd Razak turut memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk kampung terbabit.
Turut serta dalam program itu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Fakhrul Akhmal Mohammed.
“Selain memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan, rombongan Ziarah Kasih UMNO Bahagian Pekan juga menyampaikan sumbangan barangan dapur dan wang tunai kepada penduduk yang layak,,” kata Dr Boi Saidi.
![]()
Program Ziarah Kasih itu turut diadakan di kawasan perumahan Inderasempurna, dekat sini.
Menerusi program di situ, seramai lima ibu tunggal mendapat pemeriksaan kesihatan percuma oleh Dr Boi Saidi bagi mengetahui tahap kesihatan mereka.
“Kita ambil sampel darah dan air kencing mereka untuk tujuan pemeriksaan lanjut… keputusan ujian itu akan diserahkan kepada mereka dalam masa dua minggu lagi,” katanya.




