Perdana Menteri yakin Malaysia berpotensi terus mara ke hadapan

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Malaysia berpotensi untuk terus mara ke hadapan dan menyeru generasi muda untuk bersama-sama membantu usaha mengangkat martabat negara.

Perdana Menteri berkata, beliau mempunyai cita-cita dan keyakinan yang sangat tinggi untuk Malaysia dan mahu terus berkhidmat untuk negara.

“Saya mahu teruskan khidmat saya agar generasi penerus anak cucu kita lebih terjamin, bahawa negara ini diangkat martabatnya… dan sebagai ‘orang tua’, saya hanya mampu menyeru saudara untuk melakukan sesuatu bagi menentukan kita terangkat ke peringkat berkenaan – itu sahaja,” katanya.

Berucap pada perhimpunan bersama warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini Anwar berkata, beliau memegang amanah yang diberikan rakyat dan berhasrat menyempurnakan tanggungjawab kepada negara yang kini sudah berkembang.

Bagi mengukuhkan asas ekonomi negara, beliau berkata, beberapa perkara tunjang telah dilakukan termasuk usaha mengelak negara daripada kecurian, ketirisan dan rasuah, lapor Bernama.

“Sebab itu saya ambil sikap yang agak keras terhadap rasuah. Pimpinan negara, menteri-menteri tidak boleh campur dalam urusan kontrak dan tender, rundingan terus semua dibatalkan kerana kita sudah terbiasa dengan perkara ini.

“Seperti yang telah saya sebutkan awal-awal dulu, rasuah sedang menjadi endemik dalam negara ini, melainkan kita gunakan sumber kita untuk membanterasnya. Kita perlukan komitmen teguh untuk memerangi jenayah ini,” katanya.

Sementara itu Anwar sekali lagi mengucapkan tahniah kepada  Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Pulau Pinang  kerana mencatatkan jumlah kutipan hasil yang tinggi pada suku pertama tahun ini dan menggesa  semua badan penguatkuasaan mengambil tindakan sama.

“Kalau kita susah payah buat penyasaran subsidi tapi bidang penguatkuasaan ‘kebocoran’ masih diteruskan, ia tidak adil. Ia mengundang satu malapetaka kepada negara, sebab itu saya harap kita sama-sama jalankan tugas ini dengan baik, untuk kembalikan kepada rakyat,” katanya.

Pencapaian kutipan cukai LHDN Pulau Pinang sehingga 31 Mei tahun ini ialah sebanyak RM3.54 bilion, iaitu kenaikan sebanyak 101.8 peratus daripada unjurannya.

Related Posts

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan semakan mingguan harga runcit produk petroleum dengan RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatat kenaikan lima sen bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan