Perdagangan Malaysia kukuh, bukti kejayaan dasar Kerajaan MADANI

DATA rasmi terkini Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Malaysia bagi Ogos 2025 sekali lagi membuktikan keteguhan ekonomi negara di bawah kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

Malaysia bukan sahaja berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan eksport, malah mencatat imbangan dagangan surplus bersejarah sebanyak RM16.1 bilion, melonjak 153.8% berbanding tahun lalu.

Jumlah dagangan negara terus meningkat kepada RM247.1 bilion, manakala eksport meningkat kepada RM131.6 bilion, mencerminkan daya tahan industri pembuatan, pertanian dan perlombongan negara.

Lonjakan ini adalah hasil daripada dasar perdagangan terbuka serta diplomasi ekonomi yang proaktif oleh Perdana Menteri dan pasukan kerajaan.

Rakan dagangan strategik terus memberi keyakinan di mana Singapura dan Amerika Syarikat muncul sebagai rakan dagangan paling menguntungkan dengan eksport ke Amerika Syarikat melonjak 16.7 peratus kepada RM16.4 bilion, manakala import menurun mendadak 36.7 peratus, sekali gus mencatatkan lebihan besar.

Begitu juga dengan Singapura yang mencatatkan pengukuhan dengan nilai eksport RM19.4 bilion. Nilaian membuktikan Malaysia kekal sebagai pusat bekalan dan pengeluaran serantau.

Pencapaian ini bukan kebetulan, tetapi lahir daripada kecekapan diplomasi ekonomi dan perancangan teliti kerajaan dalam memperkukuh hubungan dagangan global yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Eksport sektor pertanian juga meningkat 4.5 peratus, membuktikan usaha kerajaan memperkukuh agromakanan mulai menampakkan hasil.

Dalam masa yang sama, sektor pembuatan kekal penyumbang terbesar eksport negara dengan nilai RM113.9 bilion, membuktikan Malaysia masih menjadi hub perindustrian yang diyakini dunia.

Sumbangan dagangan dengan ASEAN kini mencecah 25.7 peratus daripada jumlah perdagangan, dengan eksport meningkat 3.8%. Ini mengesahkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju penting dalam rantau ini menepati kepengerusian ASEAN 2025.

Data ini jelas membuktikan dasar Kerajaan Perpaduan yang menekankan keseimbangan antara diplomasi global, kestabilan politik, dan strategi ekonomi bersepadu telah membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Surplus dagangan yang kukuh ini adalah bukti nyata bahawa Malaysia berada di landasan betul untuk mencapai aspirasi Malaysia MADANI.

Kejayaan perdagangan luar negeri Ogos 2025 adalah cerminan keyakinan dunia terhadap Malaysia dan bukti kepimpinan kerajaan hari ini yang cekap, berkesan, serta berwawasan.

Related Posts

Ops Tiris: Ketegasan MADANI tutup ruang ketirisan, lindungi bekalan rakyat

DALAM landskap ekonomi global yang tidak menentu, keupayaan kerajaan mengawal rantaian bekalan domestik terus menjadi penentu kepada kestabilan negara. Pelaksanaan Ops Tiris oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilihat sebagai respons…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

NARATIF yang menggambarkan ekonomi Islam seolah-olah dipinggirkan dalam sistem global perlu dilihat secara lebih objektif dan berpaksikan realiti semasa. Sistem ekonomi dunia hari ini tidak lagi beroperasi dalam kerangka ideologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya

  • By Ynom
  • May 4, 2026
Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya