Peratusan keluar mengundi DUN Nenggiri melebihi sasaran

GUA MUSANG – Peratusan pengundi yang keluar membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri melebihi sasaran yang ditetapkan sehingga pukul 4 petang tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 71. 87 peratus pengundi yang berdaftar sudah mengundi, hari ini.

Jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding pada pukul 2 tengah hari tadi dengan catatan berjumlah 63.58 peratus.

The Malaysia Press semalam melaporkan, SPR menjangkakan kira-kira 60 peratus daripada 20,259 orang pemilih yang berdaftar akan keluar mengundi pada PRK DUN Nenggiri, hari ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, setakat ini, persiapan untuk menghadapi proses pengundian di 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) berjalan lancar.

“Mengikut perancangan proses pengundian bermula pukul 8 pagi sehingga 6 petang. Bagaimanapun, ada beberapa PDM di pos Orang Asli akan ditutup awal iaitu pada pukul 2 dan 3 petang,” katanya.

Related Posts

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

KOTA KINABALU – Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah proaktif dalam memperkukuh peranan wanita di bidang politik menerusi penganjuran Bengkel Pengucapan Awam & Iltizam Wanita Sabah. Ketua Wanita PH Sabah, Jannie…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Slogan ‘UMDAP’ taktik pembangkang untuk kelirukan pengundi – Ahmad Maslan

ALOR SETAR – Dakwaan kononnya Kerajaan Perpaduan hanya dipimpin oleh UMNO dan DAP disifatkan sebagai tidak berasas, malah merupakan satu lagi taktik pembangkang untuk mengelirukan rakyat. Ahli Majlis Kerja Tertinggi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif