Perarakan Perpaduan cerminkan keharmonian rakyat Sarawak

MIRI – Sambutan Hari Sarawak 2025 diteruskan dengan penuh semangat menerusi penganjuran Unity Walk, iaitu Perarakan Perpaduan yang berlangsung di sekitar Miri pagi tadi.

Program tersebut mendapat suntikan semangat dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi yang tiba di Stadium Miri sekitar jam 7.15 pagi untuk menyempurnakan pelepasan peserta.

Antara kenamaan yang turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian; Menteri Pengangkutan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sarawak 2025, Dato Sri Lee Kim Shin; Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; serta Peguam Besar Sarawak, Datuk Seri Saferi Ali bersama beberapa timbalan menteri, pegawai kanan kerajaan dan pemimpin masyarakat.

Lebih 8,000 peserta terdiri daripada warga agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta masyarakat awam mula memenuhi kawasan stadium seawal jam 6 pagi untuk menyertai perarakan sejauh 2.7 kilometer yang menyusuri laluan sekitar bandar.

Selesai perarakan, Tun Pehin Sri dan Toh Puan bersama para tetamu kehormat turut meninjau Karnival Usahawan dan pameran jabatan serta agensi kerajaan yang berlangsung di perkarangan Stadium Bandaraya Miri.

Sebagai simbolik penghargaan, lima orang Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari Bahagian Miri turut menyampaikan cenderahati kepada Yang di-Pertua Negeri di tapak karnival tersebut.

Unity Walk merupakan salah satu daripada tujuh acara utama dalam rangka sambutan Hari Sarawak pada tahun ini yang bertujuan memupuk dan memperkukuh semangat muafakat dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negeri ini.

Kemuncak sambutan dijadual berlangsung malam ini menerusi Perhimpunan Hari Sarawak yang akan dihadiri oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama barisan pimpinan negeri yang lain.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

KUANTAN – Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 adalah antara langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur. Rata-rata usahawan ditemui Sinar Harian menyambut baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia