Perak Bison julang kejuaraan STL GP Perak di laman sendiri

IPOH – Arena Stadium Indera Mulia, Ipoh bergema apabila Perak Bison memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk menjuarai CelcomDigi Premier Sepak Takraw (STL) 2025 Minggu Kelima: Grand Prix (GP) Perak, disaksikan sendiri oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah, dalam pertarungan penuh mendebarkan selama 1 jam 1 minit, malam Ahad.

Final penuh dramatik itu menyajikan aksi sengit sejak servis pertama, dengan kedua-dua pasukan saling berbalas mata.

Perak yang dibarisi tekong berbisa Kritsada Sumvung, Noraizat Nordin (apit kanan) dan Aidil Aiman, tampil penuh keyakinan di hadapan penyokong setia.

Kelantan yang diperkuat Sukrit, Muhd Azim dan Muhd Zulfikri enggan memberi laluan mudah, menjadikan setiap mata bagaikan pertarungan maruah.

Kedudukan set pertama kekal rapat sehingga 11-11, sebelum kebangkitan Perak memastikan kemenangan 15-11.

Namun, Kelantan bangkit garang di set kedua apabila berjaya merencatkan rentak tuan rumah dan menyaingi setiap bola yang dilambung.

Stadium Indera Mulia bertambah cemas apabila kelebihan awal Perak berjaya dipintas lawan.

Akhirnya, semangat enggan mengalah dan sokongan padu penyokong berjaya menyuntik tenaga tambahan buat Perak.

Servis Kritsada yang tajam menghadiahkan mata kejuaraan, sekali gus memastikan Perak Bison tidak tewas di laman sendiri.

Ketiga-tiga pemain utama Perak Bison turut menerima Hadiah Tekong Terbaik (Kritsada); Killer Terbaik (Noraizat); Feader Terbaik dan Pemain Pilihan Peminat (Aidil).

Turut berkenan berangkat, Raja Kecil Besar Perak, Raja Datuk Seri Azlan Muzaffar Shah Sultan Nazrin Muizzudin Shah dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Seramai lebih 2,500 para penyokong turut memenuhi segenap ruang stadium bagi memberi sokongan padu buat pasukan pilihan mereka.

Kedudukan kedua dimenangi pasukan Kelantan Warriors; ketiga (pasukan Kuala Lumpur Thunders) manakala kedudukan keempat dan kelima; Johor Tigris dan ATM Guardians.

Related Posts

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

COVENTRY City akhirnya kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas 25 tahun apabila mengesahkan ‘kenaikan pangkat’ awal pagi tadi. Skuad kendalian Frank Lampard mengikat Blackburn Rovers 1-1 di Ewood Park, keputusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

ASTON Villa membelasah Bologna manakala Nottingham Forest menewaskan FC Porto pada aksi Liga Europa awal pagi tadi untuk menempah pertembungan sesama kelab England di separuh akhir. Mendahului 3-1 menerusi aksi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM