Penunjuk perasaan maut bertempur dengan polis

DHAKA – Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dan lebih ramai lagi cedera dalam pertempuran di Bangladesh hari ini, ketika polis melepaskan gas pemedih mata dan melontar bom tangan untuk menyuraikan puluhan ribu penunjuk perasaan yang menggesa Perdana Menteri, Sheikh Hasina meletak jawatan.

Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri mengisytiharkan perintah berkurung tanpa had di seluruh negara bermula jam 6 petang (1200 GMT) mulai hari ini.

Ia adalah langkah pertama kali diambil dalam menangani protes semasa yang berlanjutan sejak bulan lalu.

Pergolakan yang mendorong kerajaan untuk menutup perkhidmatan internet, adalah ujian terbesarnya sejak protes berdarah meletus selepas Hasina memenangi penggal keempat berturut-turut pada pilihan raya Januari yang diboikot oleh pembangkang utama Parti Nasionalis Bangladesh.

Pengkritik Hasina bersama-sama kumpulan hak asasi manusia mendakwa kerajaan pimpinan Perdana Menteri itu menggunakan kekerasan melampau untuk menghapuskan gerakan antikerajaan namun tuduhan itu dinafikan beliau dan barisan menterinya.

Penunjuk perasaan hari ini bertindak menyekat lebuh raya utama ketika penunjuk perasaan pelajar melancarkan program bukan kerjasama untuk mendesak agar pimpinan kerajaan meletak jawatan dan keganasan merebak ke seluruh negara.

“Mereka yang membuat bantahan di jalanan sekarang bukan pelajar, tetapi pengganas yang mahu menggugat kestabilan negara.

“Saya merayu kepada semua rakyat untuk menyekat pengganas ini dengan bersatu hati,” kata Hasina selepas mesyuarat panel keselamatan negara.

Menurut saksi, dua pekerja binaan terbunuh dalam perjalanan ke tempat kerja dan 30 cedera di daerah tengah Munsiganj ketika pertempuran tiga penjuru penunjuk perasaan, polis dan aktivis parti pemerintah.

Sementara itu, polis berkata, pihaknya tidak melepaskan sebarang peluru, namun apabila beberapa bahan letupan improvisasi diletupkan sekali gus menjadikan kawasan itu sebagai medan pertempuran.

Related Posts

Majoriti keluarga di Gaza hadapi krisis air yang serius

KIRA-KIRA 90 peratus keluarga di Semenanjung Gaza kini mengalami kekurangan air yang sangat kritikal akibat kerosakan besar terhadap infrastruktur ketika serangan ketenteraan berlanjutan ke hari ke-583. Menurut sumber perubatan, lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar, Putin adakan rundingan perkukuh hubungan dua hala dan isu serantau

PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu, menurut laporan agensi berita TASS. Menurut perkhidmatan akhbar Kremlin, perbincangan antara kedua-dua pemimpin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi

Lelaki dengan 19 rekod jenayah lampau ditembak mati di Bukit Jambul

Lelaki dengan 19 rekod jenayah lampau ditembak mati di Bukit Jambul

Malaysia sokong hasrat ASEAN bangunkan ‘toolkit’ tangani jenayah siber – Fahmi

Malaysia sokong hasrat ASEAN bangunkan ‘toolkit’ tangani jenayah siber – Fahmi

Ahli majlis daerah wajar ‘going extra mile’ dalam sistem penyampaian perkhidmatan PBT

Ahli majlis daerah wajar ‘going extra mile’ dalam sistem penyampaian perkhidmatan PBT

Nurul Izzah diiktiraf akar umbi kerana wibawa, bukan warisan

Nurul Izzah diiktiraf akar umbi kerana wibawa, bukan warisan

SKWAK, TEKUN Kontrak-i: Suntikan modal untuk kontraktor Bumiputera

SKWAK, TEKUN Kontrak-i: Suntikan modal untuk kontraktor Bumiputera