
KOTA KINABALU – Dua maut manakala seorang lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Alamesra di sini pada malam Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, kedua-dua mangsa lelaki yang maut iaitu penunggang motosikal berusia 25 tahun manakala pejalan kaki berusia 43 tahun.
“Manakala seorang lagi mangsa lelaki merupakan pembonceng motosikal mengalami kecederaan.
“Mangsa yang cedera, 23 tahun itu diberi rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) seterusnya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya di sini pada Jumaat.
Tambahnya, seramai sembilan anggota bomba yang diketuai Komander Operasi Kanan, Selvister Yamud tiba di lokasi pada pukul 8.52 malam selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.44 malam.
Kemudian operasi tamat pada pukul 11.48 malam selepas tiada lagi bahaya lain.




