TAWAU – Seorang penunggang motosikal dan pejalan kaki cedera dalam kemalangan di Jalan Dunlop Sabindo, di sini pada Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ushin berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah motosikal terbabas dan melanggar seorang pejalan kaki.
“Sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 11.09 pagi, sepasukan 10 anggota bomba dan jentera bergegas ke lokasi.
“Pasukan bomba memberikan rawatan awal kepada kedua-dua mangsa cedera iaitu penunggang motosikal, 24, dan pejalan kaki, 56, seterusnya menghantar mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Operasi kemudian ditamatkan pada pukul 11.36 pagi.






