Penunggang motosikal diingatkan patuhi peraturan, elak kemalangan

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan semua penunggang motosikal agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi menjamin keselamatan diri serta pengguna lain.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pelbagai kesalahan sering dilakukan penunggang motosikal termasuk menunggang secara melulu, melawan arus dan tidak mematuhi lampu isyarat merah.

“Kesalahan seperti ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Antara kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang ialah menunggang secara melulu dan berbahaya di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020), dengan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM15,000 bagi kesalahan kali pertama.

Selain itu, kesalahan seperti melanggar lampu isyarat merah, memotong garisan berkembar, memecut di lorong kecemasan, potong barisan (potong Q) dan melakukan pusingan U di tempat tidak dibenarkan turut boleh dikenakan denda antara RM150 hingga RM2,000 atau penjara bergantung kepada kesalahan.

“Saya menyeru agar semua pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal, agar sentiasa berdisiplin dan bertanggungjawab.

“Patuhi undang-undang demi keselamatan bersama,” tegasnya.

Related Posts

Penternakan babi di Selangor hanya di kawasan sesuai, jauh dari penempatan

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan menetapkan sebarang pembangunan penternakan babi di Selangor hanya boleh dipertimbangkan di kawasan baharu yang terletak jauh daripada penempatan penduduk serta sumber air kritikal, bagi memastikan isu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada proklamasi rasmi, pengisytiharan pelucutan Tuanku Muhriz dipertikai dan tidak sah

SEREMBAN – Pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan disifatkan tidak memenuhi syarat yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. Pakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

Krisis Negeri Sembilan reda, 14 ADUN UMNO kembali sokong kerajaan

Krisis Negeri Sembilan reda, 14 ADUN UMNO kembali sokong kerajaan

Penternakan babi di Selangor hanya di kawasan sesuai, jauh dari penempatan

Penternakan babi di Selangor hanya di kawasan sesuai, jauh dari penempatan

Tiada proklamasi rasmi, pengisytiharan pelucutan Tuanku Muhriz dipertikai dan tidak sah

Tiada proklamasi rasmi, pengisytiharan pelucutan Tuanku Muhriz dipertikai dan tidak sah

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak