Penumpang belakang kereta juga wajib pakai tali pinggang keledar

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melaksanakan penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua pengguna dan penumpang kenderaan persendirian di seluruh negara, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli.

Tanpa mendedahkan tarikh mula penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar itu, beliau berkata keutamaan JPJ ketika ini ialah melaksanakan advokasi pemakaian tali pinggang keledar antaranya melalui kempen ‘Klik Sebelum Gerak’.

Beliau berkata, kempen itu dilancarkan semalam sebagai usaha memperkukuh budaya keselamatan jalan raya dan menekankan kepentingan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua pengguna kenderaan iaitu pemandu dan penumpang kenderaan.

“Selaras dengan kempen ini juga, kita akan maklumkan kemudian penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang-penumpang kereta persendirian selepas ini.

“Kita akan maklumkan nanti, sekarang ini kita mulakan dengan kempen terlebih dahulu dan kemudian kita akan maklumkan bila tarikh yang kita akan tentukan untuk penguatkuasaan,” katanya, lapor Bernama.

Kompaun RM300 tak pakai tali keledar

Individu yang tidak memakai tali pinggang keledar boleh dikenakan kompaun tidak lebih RM300 berdasarkan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar dan Sistem Kekangan Kanak-Kanak) 1978 (pindaan 2019).

Beliau berkata, kempen ini menzahirkan komitmen JPJ untuk memastikan setiap perjalanan bermula dengan langkah keselamatan paling asas iaitu pemakaian tali pinggang keledar.

Berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), pemakaian tali pinggang keledar berupaya dalam mengurangkan risiko kematian penumpang kenderaan hingga 50 peratus sekiranya berlaku kemalangan.

“Dalam hal ini, pemakaian tali pinggang keledar akan memastikan pemandu dan penumpang kekal duduk di tempat duduk sekiranya berlaku kemalangan berbanding mereka yang tidak memakai tali pinggang keledar yang mempunyai risiko lebih tinggi untuk tercedera.

“JPJ akan terus melaksanakan program advokasi, hebahan melalui pelbagai saluran serta pemeriksaan berkala bagi memastikan tahap pematuhan yang optimum dapat dicapai.

“JPJ amat komited untuk menjadikan pemakaian tali pinggang keledar sebagai norma dan budaya keselamatan nasional demi melindungi nyawa setiap pengguna jalan raya,” katanya.

Related Posts

Sarawak berpotensi besar sebagai hab tenaga hijau – PM

KUCHING – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Sarawak mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai hab tenaga hijau rantau Asia, sekali gus memainkan peranan penting dalam agenda peralihan tenaga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Proses kosong kediaman Kg Sungai Baru ikut prosedur mahkamah

PUTRAJAYA – Operasi pengosongan rumah di Kampung Sungai Baru dibuat mengikut undang-undang dan arahan mahkamah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa. Dr Zaliha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putrajaya beri ‘lampu hijau’, mampukah Sanusi laksanakan?

Putrajaya beri ‘lampu hijau’, mampukah Sanusi laksanakan?

Inisiatif PuTERA35 mampu tingkatkan ekonomi usahawan termasuk kawasan luar bandar

Inisiatif PuTERA35 mampu tingkatkan ekonomi usahawan termasuk kawasan luar bandar

Kempen Internet Selamat: Tiada sekolah terpinggir dalam usaha lindungi generasi muda

Kempen Internet Selamat: Tiada sekolah terpinggir dalam usaha lindungi generasi muda

Inkues Zara: Saksi dedah arwah dituduh mencuri sehari sebelum kejadian

Inkues Zara: Saksi dedah arwah dituduh mencuri sehari sebelum kejadian

Inkues: Saya panggil nama Zara, pegang pipi tapi tiada respons – Saksi ke-6

Inkues: Saya panggil nama Zara, pegang pipi tapi tiada respons – Saksi ke-6

Rumah kongsi 16 pintu, kereta dan motosikal terbakar di Tawau

  • By Fatin
  • September 12, 2025
Rumah kongsi 16 pintu, kereta dan motosikal terbakar di Tawau