Penukaran paip baharu tingkat bekalan air lebih stabil di Tanah Putih

GUA MUSANG – Kerja-kerja penukaran dan pemasangan paip baharu sepanjang 1.6 kilometer di Kampung Tanah Putih sedang giat dilaksanakan bagi menggantikan paip lama yang kerap mengalami kerosakan.

Projek itu melibatkan pemasangan paip jenis UPVC bersaiz 6 inci (150 milimeter) yang dijangka mampu meningkatkan kestabilan bekalan air, khususnya di kawasan tinggi dan penghujung sistem agihan.

Sebanyak 707 akaun pengguna dijangka menerima manfaat daripada pelaksanaan projek berkenaan, sekali gus mengurangkan masalah gangguan bekalan air yang sebelum ini sering berlaku akibat paip pecah dan bocor.

Kerja pemasangan paip dijadualkan siap sepenuhnya pada 25 Mei 2026.

Selepas itu, kerja-kerja tapping serta pengubahsuaian meter akan dilaksanakan bagi memastikan sambungan bekalan air dapat disalurkan secara menyeluruh ke setiap rumah penduduk.

Pelaksanaan projek ini diharap dapat memberikan keselesaan kepada penduduk setempat selain menjamin bekalan air yang lebih konsisten dan berdaya tahan untuk jangka masa panjang.

Foto: Facebook Air Kelantan

Related Posts

9 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap 2026, 4 lagi menyusul 2027

KOTA KINABALU – Sembilan pakej kerja Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A disasarkan siap pada tahun ini, manakala empat lagi pakej dijangka siap pada tahun 2027. Timbalan Menteri Kerja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda AMANAH gesa tindakan tegas isu penghinaan sahabat Nabi

KLUANG – Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) memandang serius kenyataan berunsur penghinaan terhadap para sahabat Nabi Muhammad SAW yang didakwa disampaikan dalam ceramah politik tanpa sandaran serta rujukan yang jelas.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

9 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap 2026, 4 lagi menyusul 2027

9 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap 2026, 4 lagi menyusul 2027

UMNO terbuka terima pemimpin dipecat, tertakluk Akta Lompat Parti

UMNO terbuka terima pemimpin dipecat, tertakluk Akta Lompat Parti

Pemuda AMANAH gesa tindakan tegas isu penghinaan sahabat Nabi

Pemuda AMANAH gesa tindakan tegas isu penghinaan sahabat Nabi

Burung murai batu tanpa permit dirampas di Penampang

Burung murai batu tanpa permit dirampas di Penampang

MyB2S 2026 buka jalan pelajar miliki lesen sah, perkukuh budaya keselamatan jalan raya

MyB2S 2026 buka jalan pelajar miliki lesen sah, perkukuh budaya keselamatan jalan raya

ADUN pembangkang perlu amal budaya politik matang

ADUN pembangkang perlu amal budaya politik matang