Pentadbiran Prabowo komited reformasi ekonomi, demokrasi walau ditentang hebat Himpunan ‘Indonesia Gelap’

HIMPUNAN besar-besaran yang dikenali sebagai ‘Indonesia Gelap’ yang melibatkan ribuan mahasiswa dan aktivis telah mencetuskan perbincangan hangat di seluruh Indonesia.

Setakat semalam, tunjuk perasaan tersebut bukan sahaja tercetus di Jakarta, khususnya di sekitar kawasan Padang Kuda, Jakarta Tengah, namun telah merebak di beberapa provinsi termasuk Palembang, Medan, Yogyakarta, Bandung, Lampung, Surabaya, Malang, Samarinda, Banjarmasin, Aceh dan Bali.

Malah, demonstrasi itu turut meraih perhatian di media sosial sehingga tercetusnya hashtag #IndonesiaGelap sehingga telah digunakan hampir 40,000 kali oleh pengguna di platform X.

Walaupun protes terbabit mencerminkan ketidakpuasan terhadap beberapa dasar kerajaan pimpinan Prabowo Subianto, namun ia membuka peluang kepada pemerintah Indonesia untuk menjelaskan secara holisitik dan terperinci di sebalik tindakan serta pelaksanaan strategi yang telah atau sedang dilaksana demi pembangunan mampan negara.

Ketidakpuasan terhadap Undang-Undang Cipta Kerja dan pengawasan ketat terhadap kebebasan media sosial merupakan pencetus ketidakpuasan himpunan itu berlaku dan kerajaan menegaskan bahawa langkah reformasi dilakukan demi pembangunan mampan dan kesejahteraan rakyat Indonesia.

Prabowo menegaskan undang-undang terbabit adalah langkah penting dalam usaha memperbaiki ekonomi negara yang terkesan akibat pelbagai cabaran global serta ketegangan geopolitik yang sedang melanda dunia ketika ini.

Jelasnya, dasar yang dilaksana kerajaan dilihat akan mengurangkan karenah birokrasi dan beban peraturan, memperkenalkan pelbagai insentif pelaburan dalam menarik lebih ramai pelabur asing selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta meningkatkan daya saing Indonesia di peringkat global, yang akan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

“Langkah-langkah pengawasan terhadap media sosial dan aktivisme dilakukan demi mengelakkan penyebaran berita palsu serta menjaga kestabilan politik negara. Dasar itu bukan untuk mengekang suara rakyat  tetapi untuk melindungi kepentingan nasional, ini tidak boleh dikompromi dalam menghadapi ancaman luar dan dalam negara.

“Kami komited untuk memastikan pembangunan merata ke seluruh Indonesia, dari Sabang hingga Merauke. Semua rakyat Indonesia berhak untuk merasakan manfaat daripada kemajuan negara. Indonesia akan lebih siap untuk menghadapi cabaran global dan bersaing dengan negara-negara besar dalam sektor ekonomi. 

“Oleh itu, pelaksanaan Undang-Undang Cipta Kerja adalah satu langkah ke arah mewujudkan ekosistem perniagaan yang lebih efisien dan lebih produktif,” katanya.

Kesimpulannya, di bawah pentadbiran Prabowo, kerajaan terus berkomitmen untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan kesejahteraan sosial bagi rakyat Indonesia. 

Meskipun perubahan besar-besaran memerlukan masa dan tidak selalu diterima dengan mudah, kerajaan percaya bahawa dengan kerjasama antara rakyat dan pemerintah, Indonesia akan mampu mengatasi cabaran dan mencapai kemajuan yang lebih besar.

Related Posts

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump diiring keluar dari dewan pada majlis White House Correspondents’ Dinner di sini, selepas beberapa bunyi kuat dipercayai sebagai tembakan kedengaran berhampiran lokasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trump batal pergerakan delegasi AS ke Pakistan

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengarahkan wakilnya supaya tidak berangkat ke Pakistan bagi rundingan damai dengan pegawai Iran. Bagaimanapun, Trump menegaskan bahawa langkah itu tidak bermaksud perang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri