Penoreh getah menikmati kenaikan harga getah di zaman PMX

PADANG TERAP – Penoreh getah di daerah Padang Terap kini mampu tersenyum selepas kenaikan harga getah sejak akhir-akhir ini.

Penoreh, Mohd Nizam Razali dari Kampung Barokas berkata, penoreh getah gembira dengan kenaikan harga getah sekarang dan ini mampu memberi kegembiraan selepas harga komoditi itu jatuh sekian lama.

Katanya, pada hari ini harga getah mencecah sekitar RM3.8 hingga RM4 sekilogram.

“Ini berbanding sebelum ini sekitar RM2 sahaja. Kenaikan harga getah ini berlaku sejak empat bulan lalu dan ini membolehkan ramai penoreh mula masuk semula ke kebun mereka untuk menoreh.

“Apabila harga getah mula naik ramai penduduk kampung yang dahulunya meninggalkan pekerjaan ini sudah mula mengasah pisau untuk menoreh kembali.

“Saya yakin dengan kenaikan harga getah seperti hari ini menyebabkan penduduk kampng mampu menarik nafas lega seleras dengan harga barang hari ini,” katanya.

Menurut Nizam lagi, semua ini adalah usaha Kerajaan Madani pada hari ini yang berusaha meningkatkan pengeluaran dengan mengeksport getah ke luar negara.

“Ini sekali gus membolehkan harga getah meningkat. Hampir 20 tahun harga getah tidak naik dan pada hari ini penoreh dapat menikmatinya semula.

“Saya yakin dengan kenaikan harga getah pada hari ini masalah kemiskinan di luar bandar dapat diatasi sepertimana usaha kerajaan hari ini mahu membasmikan kemiskinan,” katanya.

Bagi Shamsul Abdullah, 50, dari Padang Sanai pula berkata, penoreh getah sangat berterima kasih kepada kepimpinan hari ini yang berjaya memulihkan harga getah selepas di bawah RM2 selama ini.

Katanya, kejatuhan harga getah selama ini menyebabkan ramai yang meninggalkan pekerjaan menoreh hingga banyak ladang getah ditutup.

“Bagaimanapun dengan kenaikan harga seperti hari ini, saya yakin ramai penoreh dari golongan muda mula berminat untuk menoreh getah.

“Kini sudah banyak kebun getah terbiar selama ini sudah menjadi rebutan penoreh untuk membukanya (kebun). Kejayaan seperti ini saya yakin pengeluaran getah negara pada hari ini dapat ditingkatkan,” katanya.

Menurutnya lagi, usaha kerajaan memberi peralatan seperti cawan dan spring untuk menoreh getah terutamanya bagi pembukaan ladang yang baharu dibuka mendapat pujian dari penoreh getah hari ini.

“Sebelum ini belum pernah berlaku kerajaan memberi peralatan itu untuk mereka yang mahu membuka kebun getah baharu. Dahulunya semuanya itu ditanggung oleh pemilik kebun getah sendiri.

“Saya yakin bantuan seperti ini membolehkan penduduk di luar bandar terutamanya penoreh getah akan menyokong kerajaan pada hari ini supaya terus kekalpada masa akan datang,” katanya.

Related Posts

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

PUTRAJAYA – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mengecam tindakan pihak yang cuba membentuk persepsi seolah-olah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak secara salah dalam siasatan melibatkan saksi kes rasuah, Albert Tei…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

KUANTAN – Penjawat awam Pahang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji melibatkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan dua kali pada tahun hadapan. Berita baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah