Penolong pengurus rugi RM1.3 juta diperdaya sindiket panggilan telefon

KUANTAN – Seorang penolong pengurus wanita mengalami kerugian RM1.313 juta selepas menjadi mangsa penipuan sindiket panggilan telefon yang menyamar sebagai wakil syarikat kurier dan polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 11 Disember lalu apabila mangsa berusia 55 tahun menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali yang mendakwa sebagai wakil syarikat kurier.

Menurutnya, mangsa diberitahu kononnya menerima satu bungkusan mengandungi barangan terlarang sebelum panggilan itu disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis.

Beliau berkata, suspek kedua memperdaya mangsa dengan mendakwa wang simpanannya perlu disiasat bagi mengenal pasti sumber kewangan, sekali gus menyebabkan mangsa berasa takut dan cemas.

“Mangsa seterusnya diarahkan mengeluarkan wang simpanan daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan pelaburan Public Bank Mutual sebelum memasukkan wang tersebut ke dalam tiga akaun bank yang diberikan oleh suspek.

“Sebanyak lima transaksi pemindahan wang dilakukan ke akaun berkenaan dalam tempoh 24 Disember 2025 hingga 4 Januari lalu, dengan jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM1.313 juta,” katanya, lapor Sinar Harian.

Yahaya berkata, mangsa menyedari dirinya ditipu selepas gagal menghubungi suspek apabila nombor telefon yang digunakan telah disekat.

“Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan supaya segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

Tegasnya, masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima melalui pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum melakukan sebarang transaksi.

“Orang awam yang mengesyaki diri mereka menjadi mangsa penipuan dinasihatkan supaya segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997,” katanya.

Related Posts

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

KUALA KRAI – Penahanan seorang wanita oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Miah di sini, petang semalam, membawa kepada rampasan lima laras senjata api, termasuk M-16. Komander Briged Tenggara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

KUANTAN – Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat di kawasan Habu Heights, Cameron Highlands, petang semalam. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli berkata, hujan lebat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan