Penjual rokok haram tak akan diberi ruang di kawasan PBT seluruh negeri

KOTA KINABALU – Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Fairuz Renddan menegaskan kementerian itu tidak akan memberi ruang kepada penjual rokok haram di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), lebih-lebih lagi jika mereka mempamerkan lagak samseng.

“Kita akan banteras, kita akan usir semua dan kita tidak akan biar golongan samseng sebegini untuk jejak kaki dan menjual rokok mereka yang sudah terang-terang dilakukan secara haram, di semua kawasan PBT, bukan cuma di Sandakan, tetapi seluruh negeri.

“Insiden malang yang berlaku di Sandakan itu adalah sesuatu yang amat tidak wajar dan mulai saat ini, saya dan kementerian mulakan tindakan lebih keras supaya samseng-samseng ini tiada ruang menjaja rokok haram mereka,” katanya dalam sebuah kenyataan media, di sini, pada Sabtu.

Sebuah video tular di laman media sosial memaparkan seorang penguat kuasa dilaporkan cedera kerana dipercayai dipukul oleh sekumpulan lelaki.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas mangsa menegur seorang penjual rokok untuk tidak menjual rokok di kawasan Pasar Batu 8, Sandakan, kira-kira pada pukul 2.30 petang kelmarin.

Menurut Fairuz, kesalahan menjual rokok haram dan rokok seludup sememangnya tertakluk di bawah bidang kuasa kastam namun bagi kementeriannya, usaha lebih keras dan giat akan dilakukan untuk mengekang segala kegiatan penjualan rokok tersebut.

“Kita ingin mengingatkan semua penjual rokok haram di kawasan PBT seluruh Sabah, berhenti sekarang, jangan tunjuk pandai dan cuba jadi samseng bila pegawai menegur.

“Apa yang anda lakukan itu satu kesalahan dan sememangnya anda perlu akur dengan teguran yang diberikan, tetapi sebaliknya anda bertindak seperti anda pemilik kawasan, sesuka hati memukul pegawai yang bertugas.

“Jangan ulang kejadian ini lagi, saya ingatkan, jangan cuba ulang kejadian seumpama ini lagi,” tegas Fairuz.

Dalam pada itu, Fairuz turut berkongsi kementerian itu sentiasa berusaha dalam memastikan keselamatan dan keharmonian di seluruh kawasan PBT terjamin serta pesalah yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan PBT akan diberi hukuman setimpal.

“Kawasan awam adalah kawasan yang sepatutnya selamat, harmoni dan aman kerana semua orang mempunyai hal untuk menjalankan aktiviti rutin harian mereka selagi tidak melanggar mana-mana undang dalam negeri dan negara kita.

“Jadi, andai ada pihak yang mementingkan diri, mahu tunjuk hero, mahu jadi ‘pemilik’ kawasan dan lebih-lebih lagi memukul pegawai kita yang bertugas, maka kita tidak akan memandang sebelah mata dan membiarkannya,” ujarnya.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi