Penjual aiskrim maut dihempap pokok tumbang

KUANTAN – Seorang peniaga aiskrim maut selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Air Terjun Sungai Pandan, dekat sini, petang tadi.

Timbalan Pengarah Bomba Pahang, Md Gezani Md Ghazi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu jam 4.55 petang.

“Sebuah jentera membawa tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat seorang lelaki dewasa terbabit dalam kejadian pokok tumbang itu.

“Mangsa dipercayai warganegara Kemboja dan menjual aiskrim di kawasan hutan lipur itu,” katanya.

Md Gezani menjelaskan bahawa kerja membersihkan kawasan pokok tumbang itu dilakukan dengan bantuan orang awam.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

MIRI – Keadaan cuaca panas dan kering yang melanda daerah ini mencetuskan kebimbangan susulan peningkatan kes kebakaran belukar yang dilaporkan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R