Penjawat awam, pesara kerajaan ditahan SPRM terlibat rasuah permohonan tanah

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan dua individu masing-masing penjawat awam dan pesara kerajaan pada Selasa selepas disyaki terlibat dalam kes rasuah bagi urusan permohonan dan bancian tanah membabitkan wang berjumlah RM66,000.

Mereka ditahan di Pejabat SPRM Sabah antara pukul 10 hingga 11 pagi semasa hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki berumur 50 hingga 60-an itu dipercayai menerima wang rasuah pada tahun 2016, walaupun tidak mempunyai kuasa untuk memproses permohonan atau bancian lot tanah.

Siasatan mendapati suspek pertama menerima suapan berjumlah RM54,000 manakala suspek kedua menerima RM12,000 daripada beberapa individu untuk memproses permohonan dan melakukan bancian lot tanah dibawah Skim Tanah Kerajaan Negeri.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy yang mengesahkan penahanan itu berkata, kedua-dua suspek akan didakwa dalam tempoh terdekat untuk siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Related Posts

Projek Tungku Commercial Centre dibatalkan, pemaju gagal penuhi terma

KOTA KINABALU – Projek Tungku Commercial Centre yang melibatkan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) bersama Menara Gading Sdn. Bhd (MGSB) dibatalkan selepas pemaju gagal memenuhi terma perjanjian. Menteri Kerja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah tingkat usaha baiki lampu jalan, terima peruntukan RM17.9 juta

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah terus memperkukuh jalinan kerjasama strategik dengan Kerajaan Persekutuan bagi menangani isu lampu jalan yang tidak berfungsi di seluruh negeri, khususnya melibatkan jalan-jalan persekutuan. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Himpunan tangkap Azam Baki gagal, Rafizi sila bersara dari gelanggang politik

Himpunan tangkap Azam Baki gagal, Rafizi sila bersara dari gelanggang politik

Ahmad Zahid tidak izinkan kerajaan ‘tebuk atap’ Negeri Sembilan

Ahmad Zahid tidak izinkan kerajaan ‘tebuk atap’ Negeri Sembilan

Sasaran 16 DUN PAS cetus cabaran agihan kerusi dalam PN

Sasaran 16 DUN PAS cetus cabaran agihan kerusi dalam PN

Projek Tungku Commercial Centre dibatalkan, pemaju gagal penuhi terma

Projek Tungku Commercial Centre dibatalkan, pemaju gagal penuhi terma

Sabah tingkat usaha baiki lampu jalan, terima peruntukan RM17.9 juta

Sabah tingkat usaha baiki lampu jalan, terima peruntukan RM17.9 juta

Tiga projek mega RMK13 tangani krisis air Tawau capai kemajuan

Tiga projek mega RMK13 tangani krisis air Tawau capai kemajuan