Penjawat awam, pelajar sekolah sekitar lokasi sidang ASEAN boleh WFH, PdPR

PUTRAJAYA – Penjawat awam yang bekerja di sekitar lokasi Sidang Kemuncak ASEAN dan beberapa mesyuarat besar pada akhir bulan ini, dibenarkan bekerja dari rumah (WFH).

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sejumlah sekolah yang berada dalam laluan Sidang Kemuncak ASEAN turut dibenarkan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan senarai penuh sekolah yang terbabit dalam masa terdekat.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sektor swasta berpangkalan dan mempunyai ibu pejabat di kawasan di mana akan berlangsungnya sidang kemuncak adalah digalakkan membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah.

“Dalam masa terdekat, pihak polis akan mengumumkan laluan utama yang akan digunakan antaranya membabitkan kawasan KLIA, Lapangan Terbang Subang dan Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang,” katanya pada sidang media pasca-Mesyuarat Kabinet, hari ini.

Fahmi berkata, sebanyak tiga persidangan besar akan diadakan pada 26 dan 27 Mei ini iaitu Sidang Kemuncak ASEAN, Sidang Kemuncak Kemuncak ASEAN – GCC dan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China.

“Ini adalah satu acara bersejarah dan peluang yang baik bukan saja untuk Malaysia tetapi ASEAN, bagi memanfaatkan sidang itu untuk memungkinkan perbincangan beberapa perkara termasuk isu ekonomi di rantau ini dan kerjasama dengan GCC,” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang mengawal selia yuran rundingan di klinik swasta, akan dikaji semula.

Katanya, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, memaklumkan ketika mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bahawa penyediaan kertas Kabinet berkaitan hal itu sedang dilakukan.

“Jadual ketujuh akta itu, yang mengawal yuran rundingan di klinik swasta, akan dikaji semula.

“Perkara ini dijangka akan dibentangkan semula kepada Jemaah Menteri dalam tempoh satu hingga dua minggu untuk keputusan,” katanya.

Related Posts

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PUTRAJAYA – Pelaksanaan undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan secara adil dan konsisten kepada semua pihak bagi memastikan kredibilitinya terus terpelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, penguatkuasaan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

PUTRAJAYA – Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) perlu dinilai secara adil dan tidak tergesa-gesa membuat kesimpulan negatif oleh pelbagai pihak, memandangkan kerangka undang-undang tersebut masih berada dalam fasa awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan