Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

KUANTAN – Penjawat awam Pahang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji melibatkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan dua kali pada tahun hadapan.

Berita baik itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2026 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Menurutnya, bantuan itu diberikan sebagai menghargai segala pengorbanan, kesetiaan, keikhlasan serta khidmat bakti mereka sepanjang tahun.

“Kejayaan negeri hari ini tidak akan tercapai tanpa peranan penting penjawat awam yang menjadi tulang belakang pentadbiran.

“Komitmen dan kesetiaan mereka adalah nadi yang menggerakkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, sebagai tanda terima kasih atas komitmen dalam memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan awam, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri julung kalinya memperuntukkan RM3.75 juta bagi Pemberian Insentif Khas Pahang 1st sebanyak RM200 kepada 18,743 kakitangan awam Persekutuan berpendapatan bawah RM3,000 pada 31 Disember ini.

“Saya amat berharap seluruh penjawat awam negeri dan Persekutuan terus berdiri teguh bersama kerajaan negeri untuk memperkasa iltizam, memantapkan integriti dan memelihara semangat berpasukan agar segala agenda pembangunan yang direncanakan dapat direalisasikan demi kemakmuran negeri serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

Pada masa sama, beliau menyeru agar penjawat awam kekal menjadi benteng pelindung yang mempertahankan kerajaan negeri apabila wujud suara-suara yang cuba memesongkan fakta, mengeruhkan persepsi dan menggugat keyakinan rakyat terhadap usaha yang telah dilaksanakan selama ini.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM