Penjawat awam negeri pakai Kain Benang Johor mulai tahun depan

ISKANDAR PUTERI – Semua penjawat awam di negeri Johor diminta untuk memakai pakaian kebudayaan bersama-sama Kain Benang Johor pada setiap Jumaat mulai tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri, K Raven Kumar berkata, busana tradisional itu akan dipadankan dengan baju kurung dan baju Melayu teluk belanga sebagai usaha meningkatkan promosi kraf tangan negeri ini kepada pelancong.

Terdahulu, beliau menyatakan perkara itu ketika menjawab soalan Gan Peck Cheng (PH-Penggaram) mengenai langkah kerajaan dalam mempromosikan hasil kraf tangan Johor agar menjadi daya tarikan pelancongan negeri, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, hari ini.

Raven Kumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh berkata, selain itu, kerajaan negeri menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) akan menawarkan bidang tenunan dalam program pendidikan Perintis Seni Johor bermula tahun depan sebagai usaha mencari bakat dan tenaga mahir dalam bidang itu.

“Program ini bakal dilaksanakan selama tiga bulan atau 12 minggu berdasarkan modul disediakan jabatan dalam bentuk latihan asas kepada pengenalan dan penghasilan produk tenunan berkaitan Kain Benang Johor.

“Sebagai permulaan, program ini menyasarkan 20 belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang berminat dalam bidang kraf tangan. Melalui inisiatif ini, kita dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Johor dan meningkatkan penghasilan produk kraf negeri bersempena dengan Tahun Melawat Johor 2026.

“YWJ tidak hanya tumpu kepada latihan jangka masa pendek ini, tetapi juga dikembangkan lagi dengan program pengembangan kerjaya melalui kolaborasi bersama Institut Kraf Negara untuk melahirkan tenaga kerja pakar dalam bidang tenunan selain melahirkan adiguru kraf pada masa depan,” katanya.

Raven Kumar yang juga berkata sejak 2018 hingga Oktober tahun ini, sebanyak 873 helai Kain Benang Johor telah dihasilkan di Galeri Tenun Johor yang terletak di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

“Galeri Tenun Johor kelolaan YWJ mempamerkan dan menghasilkan produk Kain Benang Johor, iaitu satu daripada produk kraf tangan beridentitikan Johor. Terdapat lapan penenun menghasilkan produk Kain Benang Johor di galeri yang dirasmikan pada 2018. Galeri ini telah menerima 14,660 pengunjung setakat bulan lepas,” katanya.

Menurut beliau, bersempena dengan Tahun Melawat Johor, YWJ merancang untuk mengadakan peragaan fesyen bagi produk Kain Benang Johor menerusi kerjasama dengan pereka fesyen terkenal.

“Peragaan ini tidak hanya terhad pada pemakaian, tetapi juga ia akan dihasilkan dalam pelbagai produk, seperti pemakaian samping, baju tradisonal Johor, aksesori wanita dan lelaki, kusyen serta perabot,” katanya.

Related Posts

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan semakan mingguan harga runcit produk petroleum dengan RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatat kenaikan lima sen bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu tinggalkan sikap khianat jika mahu UMNO laksana perubahan

Pas perlu tinggalkan sikap khianat jika mahu UMNO laksana perubahan

PH Negeri Sembilan terus raih sokongan akar umbi

PH Negeri Sembilan terus raih sokongan akar umbi

Agro Tamu Medamit terus perkasa ekonomi masyarakat luar bandar

Agro Tamu Medamit terus perkasa ekonomi masyarakat luar bandar

Orang Asli Gua Musang risau projek jalan perhubungan desa tertangguh

Orang Asli Gua Musang risau projek jalan perhubungan desa tertangguh

Jurukimpal dipenjara 33 tahun, 32 sebatan rogol anak tiri

Jurukimpal dipenjara 33 tahun, 32 sebatan rogol anak tiri

Cadangan ADUN lantikan cetus perdebatan, PKR negeri suarakan kebimbangan

Cadangan ADUN lantikan cetus perdebatan, PKR negeri suarakan kebimbangan