Penilaian Bersih tiada integriti, Faisal tiada adab – Ahli akademik

AHLI akademik, Profesor Tajuddin Mohd Rasdi, menyelar tindakan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Muhammad Faisal Abdul Aziz sebagai tidak mempunyai adab dan tidak adil dalam memberi kritikan kepada Kerajaan Perpaduan.

Bersih memberikan gred D iaitu 45.8 peratus kepada Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun mentadbir negara.

Faisal berkata, pemarkahan yang diberi menunjukkan wujud jurang signifikan dari aspek kemajuan, progres dan tindakan ke arah pelaksanaan reformasi.

Tajuddin menzahirkan rasa kecewa terhadap Faisal dan mempersoalkan tindakannya memberikan ‘gred’ kepada Kerajaan Madani tanpa fakta yang relevan.

Beliau berkata, Faisal seolah-olah terikut dengan budaya Barat tanpa adab.

“Jadi pemimpin Bersih ini, Faisal saya sebut adakah beliau mempunyai adab atau tidak. Itu saya perkara yang saya cukup terkilan dan sepatutnya menjadi tanda tanya kepada kita.

“Dan sebagai rakyat Malaysia adakah kita mahu mengikut cara orang Barat yang mana saya banyak baca artikel-artikel mereka yang terus terang, biadab, kasar, dan kesat.

“Ini bukan caranya membina negara Malaysia mengikut acuan orang Putih,” katanya menerusi video di akaun Youtube milik beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata, pendirian Faisal dan Bersih boleh dianggap sebagai taktik kotor dan hanya mengeluarkan kenyataan retorik semata-mata.

Katanya, Faisal perlu mengambil contoh daripada Rasulullah SAW dalam menegur pemimpin dengan penuh kelembutan dan berhemah.

“Saya amat terkilan dengan cara Bersih yang saya anggap kotor. Bukan sahaja kotor tetapi biadab dan jijik.

“Dan dari segi adab, sanggupkah kita memberi gred kepada keluarga atau rakan-rakan kita, rakan sekerja atau majikan kita? Kalau tidak sanggup kenapa buat perangai begini.

“Dari segi Islam pula kita diajar oleh Rasulullah SAW kalau kita nak tegur orang pegang tangannya, kita bercakap dengan perkara yang baik dan sebagainya,” katanya.

Tajuddin turut mempersoalkan integriti dalam memberikan penilaian tersebut berikutan tiada pengalaman dalam mentadbir negara sekaligus ia hanya omongan kosong semata-mata.

“Kedua, penilaian yang diberikan itu tidak ada integriti – siapakah diri mereka hendak memberikan penilaian?

“Jadi di sini menunjukkan bahawa kamu tiada pengalaman yang sama dengan orang yang hendak dinilai? Tidak ada logik dan kesahihannya kerana tidak melaksana perkara seperti orang yang mereka nilai,” ujarnya.

Kerajaan bagaimanapun menerima baik respons pihak Bersih yang memberikan gred D terhadap prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan mentadbir negara.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pandangan itu diteliti dan akan berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

Related Posts

Tingkat martabat dan sahsiah diri menjelang Ramadan – PMX

KUALA KANGSAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan umat Islam di negara ini agar menjadikan ibadah puasa sebagai medan terbaik untuk meningkatkan martabat serta membentuk sahsiah diri yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Terry Pernell kagum keindahan, keramahan penduduk Sandakan

SANDAKAN – Terry Pernell, seorang American Travel Content Creator, meluahkan rasa kagum terhadap keindahan dan keramahan penduduk di Sandakan, Sabah. Menurut Terry, minatnya untuk meneroka Asia bermula selepas pengalaman melancong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tingkat martabat dan sahsiah diri menjelang Ramadan – PMX

Tingkat martabat dan sahsiah diri menjelang Ramadan – PMX

Terry Pernell kagum keindahan, keramahan penduduk Sandakan

  • By Fandi
  • February 14, 2026
Terry Pernell kagum keindahan, keramahan penduduk Sandakan

150 keluarga Kudat, Labuan terima pek perayaan Yayasan Petronas sempena Tahun Baharu Cina

  • By Ezmie
  • February 14, 2026
150 keluarga Kudat, Labuan terima pek perayaan Yayasan Petronas sempena Tahun Baharu Cina

KUSKOP perkasa pendidikan dan usahawan di Kimanis

  • By Ezmie
  • February 14, 2026
KUSKOP perkasa pendidikan dan usahawan di Kimanis

Mesin RVM dilaksana berfasa, DBKK perkukuh agenda kitar semula

  • By Ezmie
  • February 14, 2026
Mesin RVM dilaksana berfasa, DBKK perkukuh agenda kitar semula

Lebih RM700,000 disediakan untuk imarah Ramadan di Pahang

Lebih RM700,000 disediakan untuk imarah Ramadan di Pahang