Peniaga khemah biru di PD henti operasi mulai 18 November

PORT DICKSON – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) memohon kerjasama peniaga khemah biru di pantai di bawah bidang kuasanya untuk menghentikan operasi mulai 18 November ini.

Presiden MPPD Hasnor Abd Hamid berkata, ini bagi membolehkan penambahbaikan kemudahan perniagaan khemah di resort itu

Beliau berkata, peniaga yang terjejas ialah mereka yang beroperasi di Pantai Telok Kemang, Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin.

“Mereka juga dikehendaki membersihkan termasuk mengalihkan semua peralatan seperti khemah, meja, kerusi, payung dan apa-apa struktur,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengenai pengeluaran notis penamatan perniagaan di tiga pantai itu.

Sebelum ini, media melaporkan Kerajaan Negeri Sembilan akan berbincang dengan pengusaha khemah di sekitar Pantai Telok Kemang susulan isu deretan khemah sewa di kawasan itu yang didakwa mengganggu pemandangan orang ramai.

Notis dikeluarkan MPPD dan turut tular dalam media sosial, antara lain memaklumkan semua khemah dan peralatannya perlu dibersihkan dari tapak perniagaan.

Related Posts

Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin

BANDAR BAHARU – Maklumat berkaitan isu pembinaan Projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani bernilai RM75 juta termasuk kemungkinan berlakunya penyelewengan akan didedahkan apabila tiba masanya kelak. Menteri Dalam Negeri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menafikan dakwaan kononnya pihaknya bersikap lepas tangan dalam menangani kemelut yang dihadapi pesawah di bawah seliaannya susulan kenaikan harga diesel dan cuaca…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin

Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Siasatan kes bayi maut di peringkat akhir sebelum rujuk IPK Perlis

Siasatan kes bayi maut di peringkat akhir sebelum rujuk IPK Perlis

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji