Pengurus terpedaya skim pelaburan palsu, rugi RM300,000

BINTULU – Seorang pengurus syarikat swasta berusia lewat 30-an kerugian lebih RM300,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian yang tidak wujud, kononnya menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, mangsa diperkenalkan kepada suspek oleh rakannya pada pertengahan Mei lalu sebelum mula berhubung dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp.

“Suspek menawarkan peluang pelaburan jual beli saham dengan jaminan keuntungan tinggi dalam masa singkat. Mangsa yang tertarik kemudiannya membuat beberapa transaksi pemindahan wang secara berperingkat ke akaun bank yang diberikan suspek,” katanya dalam kenyataan pada Khamis. 

Namun selepas beberapa transaksi, suspek terus meminta bayaran tambahan sedangkan mangsa tidak menerima sebarang pulangan pelaburan seperti dijanjikan.

“Mangsa menyedari telah ditipu sebelum membuat laporan polis. Jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan melebihi RM300,000,” ujarnya.

Sehubungan itu, Datuk Mancha menasihatkan orang ramai supaya hanya melabur di platform yang sah dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia serta Suruhanjaya Sekuriti.

“Orang ramai juga disarankan mendapatkan nasihat daripada ejen kewangan bertauliah sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan mangsa penipuan siber agar segera menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 bagi mendapatkan bantuan segera.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Mohd Sharim Md Zain mencadangkan beberapa inisiatif bagi mengembalikan tarikan Tasik Chini sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi di Pahang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam