Pengundi Nenggiri cukup matang untuk pilih calon BN

GUA MUSANG – Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri cukup matang dalam menilai prestasi Barisan Nasional (BN) bagi membuat keputusan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri pada 17 Ogos nanti.

Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau juga percaya pengundi di sini dapat merasai dan menilai prestasi kedua-dua parti yang bertanding sebaiknya.

“Mereka tahu bagaimana kerajaan BN dahulu, mereka tahu bagaimana kerajaan negeri (diterajui) Pas.

“Saya fikir pengundi di Nenggiri ini walaupun mereka jauh dari bandar Kota Bharu namun mereka mempunyai pemikiran yang sangat baik untuk pertimbangkan.

“Saya yakin pengundi-pelngundi memberi keyakinan kepada calon Barisan Nasional (BN),” katanya ketika ditemui pemberita semasa menyertai calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkempen di sini.

Sementara itu katanya, UMNO Kedah diberi tanggungjawab menyelaras jentera BN di Kampung Bertam dan Kuala Sungai, yang merupakan antara Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN itu.

Mahdzir berkata, sepanjang dua hari pertama kempen, tidak banyak isu-isu besar dibangkitkan pengundi selain perkara berkaitan kehidupan harian masyarakat setempat yang akan diberi tumpuan untuk diselesaikan.

“Pada saya tidak ada perkara yang besar dibangkitkan oleh pengundi,” ujarnya.

Related Posts

Jangan bermusuh, kita bukan sempurna – Wan Azizah

PENGERUSI Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan penyokong parti supaya tidak berpecah-belah, sebaliknya bekerjasama demi mempertahankan parti. Beliau berkata, PKR telah menempuh laluan berliku yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta