Pengundi Kluang diseru pilih Syed Hussien demi masa depan Mahkota

KLUANG – Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi menyeru pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota agar membuat pilihan yang tepat demi masa depan di kawasan ini.

Shu Qi berkata, kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah dapat turut sama berganding dengan beliau dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Mengkibol, Chew Chong Sin membangunkan daerah Kluang.

“Jadi berharap tuan-tuan dan puan-puan saudara dan saudari undi esok itu undi untuk memilih seorang calon memilih seorang pemimpin tempatan yang akan bekerjasama dengan saya ahli Parlimen Muar jual dan juga ADUN Mengkibol untuk membantu bukan untuk isu lain, kita nak bangunkan Kluang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Ceramah Perpaduan Mahkota Grand Finale di sini, malam ini.

Sementara itu, beliau sekali lagi menyeru pengundi supaya memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Negeri Johor kekal utuh di samping menarik pelaburan asing ke negeri itu.

“Jadi esok, ayuh memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Johor yang dipimpin oleh Datuk Onn Hafiz supaya masalah di negeri Johor dapat diselesaikan dan semoga ekonomi negeri Johor terus dibangunkan dari segala aspek,” serunya lagi.

PRK DUN Mahkota yang menyaksikan pertembungan antara Syed Hussien, 40, dan Mohamad Haizan, 61, diadakan susulan kematian Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terdapat 66,318 pengundi berdaftar layak memilih pada PRK itu, dengan majoritinya iaitu 54 peratus adalah Melayu diikuti pengundi Cina 34 peratus dan lapan peratus pengundi India.

DUN Mahkota mula dipertandingan pada 2004 dan telah melalui lima pilihan raya dengan empat daripadanya dimenangi BN.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

KUANTAN – Inisiatif Rumah Bangsa hasil ilham Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah mula menunjukkan hasil yang baik. Selain bertujuan memperkukuhkan perpaduan dalam parti, inisiatif itu juga dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM