Pengumuman khas PMX petunjuk asas ekonomi Malaysia kukuh

KOTA KINABALU – Pengumuman khas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam meringankan kos sara hidup rakyat adalah petunjuk bahawa ekonomi negara kukuh di bawah Kerajaan MADANI.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri menyambut baik inisiatif berteraskan rakyat tersebut kerana ia bertujuan mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat.

“Ia menunjukkan bahawa Perdana Menteri benar-benar mengambil berat terhadap kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Hajiji berkata bantuan ‘one-off’ RM100 kepada semua warganegara 18 tahun ke atas merupakan berita baik kepada rakyat.

Jelasnya, bantuan tersebut bagi membeli barangan asas di 4,100 premis perniagaan serta diperluaskan ke jualan Rahmah MADANI di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri.

Selain itu, beliau turut menyambut baik penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter melalui inisiatif subsidi bersasar, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 18 juta rakyat Malaysia, sebagai satu langkah yang menepati aspirasi rakyat.

“Pengisytiharan hari sebelum Hari Malaysia (15 September) sebagai cuti umum merupakan pengiktirafan Kerajaan Persekutuan terhadap kepentingan hari istimewa ini untuk seluruh negara,” ujarnya.

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas