Penguatkuasaan papan tanda perlu diseragam di seluruh bandar utama, bukan hanya KL

PUTRAJAYA – Operasi papan tanda yang hanya ‘eksklusif’ di Kuala Lumpur dilihat boleh mencetuskan pelbagai persepsi tidak konsisten atau berat sebelah.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi baru-baru ini tertumpu kepada papan tanda berbahasa Cina meskipun dikatakan menyasarkan semua perniagaan, menimbulkan persoalan tentang keadilan penguatkuasaan.

Menurutnya, penguatkuasaan undang-undang harus dilakukan secara adil, telus dan tidak berat sebelah bagi memastikan kepercayaan masyarakat terus terpelihara serta keharmonian pelbagai budaya dikekalkan. 

“Integriti memerlukan penguatkuasaan bebas daripada sebarang tekanan luar. Sehubungan itu, MCW menyeru supaya penguatkuasaan undang-undang kecil berkaitan papan tanda dikuatkuasakan secara berkala dan seragam di semua bandar utama seperti Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching, Miri, dan Kota Kinabalu.

“MCW juga mencadangkan platform Aduan Awam Online ditubuhkan bagi membolehkan masyarakat memuat naik gambar papan tanda yang tidak mematuhi peraturan.

“Aduan tersebut boleh dihantar terus kepada  pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan pantas, meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan ketelusan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press.

Dalam masa sama, beliau mencadangkan pihak berkuasa menjalankan sesi penerangan dan dialog bersama peniaga bagi memastikan semua pihak memahami peraturan dan kepentingannya.

“Keutamaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan adalah penting, tetapi harus dilakukan dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat majmuk.

“Lantaran itu, MCW mencadangkan agar aduan awam yang tidak diambil tindakan dijadikan sebahagian daripada penilaian KPI agensi penguatkuasa PBT akan memastikan penguatkuasaan lebih responsif dan telus,” katanya.

Dalam pada itu, Jais menegaskan, pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan DBKL, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PBT lain dalam memberikan pandangan konstruktif serta solusi praktikal dalam isu terbabit.

“Kami percaya bahawa pendekatan inklusif dan proaktif dapat memastikan penguatkuasaan yang selaras dengan prinsip integriti tanpa menggugat keharmonian masyarakat.  MCW menyeru semua pihak untuk bersama-sama membina sebuah Malaysia yang adil, harmoni, dan penuh integriti,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing mencetuskan polemik selepas menyifatkan tindakan penguatkuasaan mengenai peraturan papan tanda dwibahasa oleh DBKL menimbulkan rasa tidak puas hati serta wujud persepsi negatif dalam kalangan pelancong.

Terdahulu, media melaporkan DBKL minggu lalu, melancarkan operasi berskala besar menyasarkan papan tanda yang tidak memaparkan bahasa Melayu di beberapa kawasan termasuk Segambut, Pudu, dan Jalan Silang di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Lai Chen Heng menyeru pelbagai pihak untuk tidak menjadikan isu penguatkuasaan papan tanda perniagaan di ibu kota sebagai polemik yang menggambarkan seolah-olah DBKL menindas peniaga Cina.

Menurut  beliau sudah bertemu dengan Persatuan Restoran Cina Malaysia yang turut mewakili Kedutaan China untuk memberikan penjelasan terperinci mengenai isu ini.

“Selepas diberi penjelasan, mereka mengakui bahawa setiap negara mempunyai undang-undang tempatan yang perlu dipatuhi. Operasi penguatkuasaan dijalankan di Jalan Silang namun lokasinya berhampiran Chinatown mungkin menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen. Mereka menyangka operasi itu dijalankan di Chinatown.

“Papan tanda yang dikenakan tindakan bukan hanya dalam bahasa Cina. Tindakan turut diambil terhadap papan tanda premis yang mempunyai bahasa Bangladesh, Korea dan Arab yang tidak mematuhi peraturan DBKL berkaitan penggunaan bahasa kebangsaan,” katanya.

Related Posts

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengundang pemimpin tertinggi setiap parti politik Melayu dan Islam untuk memulakan usaha pembentukan kolaborasi agung dalam masa terdekat. Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO tubuh kolaborasi agung Melayu tanpa menggugat Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – UMNO berhasrat untuk menyatukan seluruh parti Melayu dan Islam di bawah satu gabungan dikenali ‘grand collaboration’ atau ‘kolaborasi agung’, tanpa berhajat untuk menggugat Kerajaan Perpaduan. Presiden UMNO,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim