Penguat kuasa DBKL cedera bergelut dengan peniaga tidak berlesen

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan dua anggota penguat kuasanya cedera ketika menjalankan tugas pemantauan di Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Benteng, semalam.

DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan insiden itu berlaku apabila anggota terbabit melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja tidak berlesen di kawasan terbabit.

Susulan kejadian itu, dua laporan polis dibuat dan pelaku terlibat diserahkan kepada polis.

“Tindakan penguatkuasaan hanya dilaksanakan apabila individu terlibat tidak mengendahkan teguran dan terus beroperasi secara tidak sah.

“Keberadaan penjaja di lokasi tidak dibenarkan boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas, menghalang laluan pejalan kaki, menimbulkan isu pengurusan sampah dan kebersihan makanan,” menurut kenyataan itu.

DBKL memandang serius insiden provokasi terbabit dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan agresif ke atas petugas yang menjalankan amanah demi kepentingan masyarakat.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video dan gambar kejadian serta kecederaan anggota penguat kuasa itu.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas
  • YnomYnom
  • December 5, 2025

KOTA KINABALU – Jenazah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini, pada Jumaat. Ziarah terakhir Allahyarham diadakan di Idang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy