Penglibatan sukarelawan lambang solidariti berterusan Malaysia terhadap Palestin

KEPULANGAN sembilan sukarelawan dan aktivis Malaysia semalam daripada misi kemanusiaan ke Gaza merupakan lambang solidariti berterusan serta komitmen konsisten negara terhadap perjuangan kemanusiaan rakyat Palestin.

Menurut Pensyarah Program Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Hubungan Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Azlizan Mat Enh, tindakan ini mencerminkan pendirian tegas Malaysia yang tidak pernah tunduk kepada ancaman atau tekanan daripada rejim Israel.

“Kepulangan sembilan aktivis dari Malaysia semalam melambangkan solidariti dan komitmen Malaysia yang konsisten dalam isu hak kemanusiaan di Palestin.

“Malaysia tidak pernah tunduk pada ancaman dan gertakan Israel,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press pada Isnin.

Pada Ahad, kesemua sembilan sukarelawan Malaysia terbabit dalam misi FFC x TMTG itu selamat tiba di tanah air pada 4 petang di terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Aktivis berkenaan disambut isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan beberapa Menteri dan Timbalan Menteri.

Sembilan delegasi Malaysia berkenaan ialah Ketua Misi, Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali; Dr Fauziah Hassan; Dr Hafiz Sulaiman; Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi; dua pensyarah, Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail; wartawan, Syafik Shukri Abdul Jalil; Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar serta aktivis, Dr Maziah Muhammad.

Tambah Azlizan, misi kemanusiaan yang dijalankan dalam keadaan berisiko tinggi itu bukan sahaja menzahirkan sokongan moral terhadap rakyat Palestin, malah turut mencabar kekangan Israel terhadap akses di perairan antarabangsa.

“SItuasi ini turut mencabar pertahanan Palestin atas kepungan ke atas perairan antarabangsa secara haram.

“Walaupun berisiko tinggi atas aspek keselamatan, tetapi solidariti ini membuka mata dunia bahawa Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan. Kezaliman di Palestin harus segera berakhir,” katanya.

Tindakan sukarelawan Malaysia ini turut memberi mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa bahawa pendudukan serta sekatan Israel ke atas Gaza adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia sejagat dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan