Pengendali rangkaian kedua 5G diumum tak lama lagi

PUTRAJAYA – Pengendali yang akan membangunkan rangkaian 5G kedua dijangka diumumkan beberapa minggu lagi, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, pembangunan rangkaian 5G kedua itu kini dalam fasa minggu terakhir sebelum Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memuktamadkan penelitian mengenai proses tender yang bermula 1 Ogos lalu.

“Kita jangka dalam masa beberapa minggu ini satu pengumuman dapat dibuat mengenai siapa yang akan terbabit dalam membangunkan rangkaian 5G kedua,” katanya selepas menyaksikan pelancaran Kempen CIMB Bank Bhd ‘Kita Bagi Jadi’ di Petaling Jaya, hari ini.

Fahmi berkata, beberapa prinsip diketengahkan dan dipersetujui semua syarikat telekomunikasi sebelum mereka memiliki pegangan saham dalam Digital Nasional Bhd (DNB).

Antara prinsip itu adalah DNB perlu mampan dan perkhidmatan diberikan oleh rangkaian kedua tidak lebih mahal berbanding apa yang disediakan DNB.

“Selain itu, mutu perkhidmatan mesti sebaik yang disediakan DNB atau lebih baik daripada itu.

“Saya telah serahkan kepada SKMM untuk meneliti perkara ini,” katanya.

Related Posts

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untukKementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan jawatan khusus sebagai Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di sekolah, susulan kes kemalangan yang masih berlaku di sekolah dari semasa ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai

Garis panduan baharu perkukuh keselamatan sekolah bukti kesungguhan KPM tangani kebimbangan rakyat

Garis panduan baharu perkukuh keselamatan sekolah bukti kesungguhan KPM tangani kebimbangan rakyat

ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

17 Mei tarikh lihat anak bulan Zulhijah

17 Mei tarikh lihat anak bulan Zulhijah

Pulau Kalumpang berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perak

Pulau Kalumpang berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perak

Pemandu van didakwa pandu melulu sebabkan kematian murid Tahun Dua

Pemandu van didakwa pandu melulu sebabkan kematian murid Tahun Dua