Malaysia-Arab Saudi tandatangan MoU pengecualian visa lawatan jangka pendek

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Arab Saudi telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pengecualian visa untuk lawatan jangka pendek kepada pemegang pasport diplomatik dan rasmi atau khas pada 10 Disember 2024 di Kementerian Luar Negeri Arab Saudi di Riyadh, sejurus selesai mesyuarat pertama Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Malaysia (SMCC).

Kementerian Luar Negeri atau dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatnya dari Arab Saudi Putera Faisal Farhan Al Saud telah menandatangani MoU itu.

“Pemeteraian MoU ini merupakan satu langkah ke hadapan yang signifikan dalam hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan Arab Saudi yang dibina berasaskan kerjasama berterusan sejak penubuhan hubungan diplomatik pada tahun 1957.

“Ini juga merupakan pengiktirafan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia, di mana ia memudahcara urusan perjalanan dan meningkatkan penglibatan secara langsung anggota-anggota pentadbiran dan pegawai kedua-dua negara,” kata kenyataan itu.

Semasa mesyuarat tersebut, kedua-dua Menteri Luar Negeri membincangkan usaha untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara dalam pelbagai sektor, terutamanya perdagangan, pelaburan, tenaga, sains dan teknologi, pendidikan, hal ehwal Islam, kesalinghubungan dan pelancongan.

Kedua-dua Menteri Luar Negeri juga membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa berkepentingan bersama, termasuklah, kerjasama Asean-GCC, konflik semasa Palestin-Israel, dan perkembangan terkini di Timur Tengah.

Menteri Luar Negeri juga mengambil kesempatan untuk menjemput Putera Faisal untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada tahun 2025.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam